Friday, 11 January 2013

11 Januari Hari jumaat yang tenang.

Seperti biasa, lebih banyak menghadiri taklimat dan mengetahui perubahan perancangan negara tercinta, akan lebih terasa beban yg mesti dilaksanakan.  Setiap perubahan melibatkan perancangan jangka panjang negara, ianya mesti dimulakan dari sekolah.

Tak terlarat bila fikirkan beban tugas yg dipikul..oleh golongan pendidik, pelbagai idea transformasi yg dihujahkan oleh golongan atasan yg terkadang idea tersebut sukar utk dilaksanakan, terlalu banyak.
Bayangkan tugas guru mengajar kanak2, mengajar pra remaja, mengajar remaja, mengajar remaja dewasa..

Waktu siang hanya ada 12 jam, bukan golongan pendidik tidak mampu menghadapi cabaran dalam agenda transfomasi , tetapi  kena ingat pelanggan@klien para pendidik adalah murid dan pelajar dalam pelbagai peringkat umur.Mereka ada ibu bapa, kalau sekolah buat program, kalau sekolah merancang utk.cemerlangkan sekolah utk.mencapai agenda negara, ramai ibubapa tampil mengadu 'kasihan anak saya cikgu' mereka tak cukup masa rehat',  'anak saya tak dapat hadir cikgu,setiap  petang dia  ada kelas mengaji al quran'.........semua fakta tu benar, itu bukan alasan, itu fakta.

Pening kepala sendiri sendiri.Oh isu kalimah Allah nak direbut penggunaannya oleh agama bukan Islam.
Kemudian diperbolehkan pula oleh saudara seagama yg mempunyai aliran pemikiran yg berbeza.  Aduh pening lagi.

Semasa dalam penerbangan balik dari percutian, seorang perempuan cina duduk sebelah saya, dia berasal dari serawak, berpindah ke sabah dan berkahwin dgn orang perak, akhirnya dia menetap di perak.
Peramah orang nya.  Dia bertanya saya.."kenapa dalam 'Islam' perempuan mesti tutup rambut, sayang ooo, rambut cantik2, kenapa mau tutup??"..sebagai cikgu, saya melihat dia sebagai murid, dia mahu tahu.  Saya bagi jawapan yg logik saja, tak ada saya selitkan segala hukum haram dan dosa.

Jawapan saya, Tuhan jadikan perempuan utk. jadi teman kepada lelaki.Maknanya lelaki sangat suka pada perempuan.  Pada dasarnya semua perempuan itu lawa dimata lelaki, anggota tubuh perempuan adalah hiburan kepada lelaki..maknanya kalau perempuan tunjukkan dirinya cantik dihadapan semua lelaki, itu sangat merbahaya kepada diri perempuan, kerana lelaki itu sangat kuat, perempuan dari sudut kekuatan fizikal memang takkan terdaya menentang kekuatan fizikal lelaki, sebab itu ramai perempuan jadi mangsa.

.Sebab tu dalam Islam perempuan tak boleh mendedahkan kecantikan dirinya, keluar rumah mesti tutup tubuh badan, jangan pakai seksi2 yg.boleh menarik perhatian lelaki, jalan keluar rumah  mesti berteman, anak2 gadis  yg dah cukup umur,  ibubapa mesti carikan lelaki utk jodohnya.  Nampaknya dia faham..lalu dia betulkan skirt dan blouse nya.

Saya terpegun sendiri, kenapa perempuan cina ni, bertanya isu ini kepada saya..dalam suasana agak terbuka.Saat itu saya fikirkan dia sedang mencari kebenaran.  Lalu saya panjangkan sedikit perkongsian maklumat dengannya, kerana saya lihat dia berminat. Saya berkata begini
"Apakah itu kebenaran? KEBENARAN itu adalah ISLAM, Islam itu adalah Benar,
Benar tentang apa? Benar tentang ALLAH itu ujud, tidak beranak dan diperanakkan, Banyaklah yg saya kongsikan dgnnya. Last2 sekali saya minta dia baca tafsir alquran yg ada versi english, dia kata dia ada dengar ceramah dalam bahasa mandrin di tv, mengenai Islam dan terjemahan alquran...dan dia kata 'very nice'

Rasanya ramai lagi orang sepertinya sedang mencari kebenaran diluar sana.
Saya tambah pening apa bila saudara seagama saya yg.dah mengetahui tentang "kebenaran" mula kelaur dari kebenaran itu.  lalu Allah pun berfirman" kenapakah kamu menjadi kafir, setelah kamu mendapat petunjuk Kebenaran?",

nak tenangkan hati jom dengar. bila dengar,  dengar sampai habis ye.Ini part 1.Ada 5 semua, sambungannya ada dilaman youtube.  Teruslah kita berkongsi.

ok.Assalammualaikum.

7 comments:

  1. Salam kak..
    Sayu suka dengan cara akak menerangkan tentang tutup kepala dengan perempuan cina tuh..sekurang2nya penerangan itu adlh lebih kpd logikal dari islamik agar tidak menakutkannya pada awal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam dik.
      hemm beginilah hidup..zaman ni manusia suka guna hukum akal dan ada yg sanggup mengenepikan hukum Tuhan, demi mencapai hasrat hati..contohnya membenarkan kalimah Allah digunakan oleh agama lain..setakat ni baru Sultan kedah dan mufti besarnya yg.berani bersuara melarang penggunaan nama Allah oleh agama lain. yang lain masih pening agaknya, macam akak ni..'pening'

      Delete
  2. bernas jwpn tu :) kagum sy :) salam kenal..jmput follow kmbali,ye :)

    ReplyDelete
  3. walaikumsalam mamapapa.
    Terimakasih jemput saya dah follow.

    ReplyDelete
  4. Assalamu'alaikum,Turut menyimak artikel ini,Apa Kabar Puteri Purnama,rupanya sudah buwat blog bahru lagi,ini sangat bagus,Salam succes selalu

    ReplyDelete
  5. Walaikumsalam DD,
    Terimakasih sudi bertandang. kabar baik.Cuma cuaca gelap ada petanda hujan lebat. Hehehe blog baru lah, blog lama banyak masalah.
    Terimakasih sekali lagi.

    ReplyDelete
  6. jenguk2 lagi :) jmput follow blog sy yg 2LILFAIRIES ye :)

    ReplyDelete