Hari ini jumaat 18 januari 2013. Hampir dua minggu hujan turun sepanjang malam.Sebelah siang awal pagi hujan renyai dan petang nya ada mata hari, hanya sekitar 3 jam panasnya. Panas yg sedikit berbanding hujan yg. mencurah, pokok2 yg.ku tanam ada yg gembira ada yang merana. Pokok2 betik menjadi matang dan tak habis makan, terpaksa biar kan bermalam dan berhujan dipokok asalnya.
ku kongsikan gambar ini utk.kenangan bahawa aku pernah menanam pokok betik dalam bilangan 6 pokok dan berbuah banyak. Jom tengok gambar.
Betik ini dari jenis tak tahu hehehe..buahnya sangat padat dan isinya berwarna merah oren, manis sekali.
Pohonnya kategori rendah lah juga.ku kongsikan gambar ini utk.kenangan bahawa aku pernah menanam pokok betik dalam bilangan 6 pokok dan berbuah banyak. Jom tengok gambar.
Betik ini dari jenis tak tahu hehehe..buahnya sangat padat dan isinya berwarna merah oren, manis sekali.
Pokok betik sekaki yg.dah berusia hampir setahun lebih.Ada 5 pokok semuanya dan sedang bergilir2 ranum.Juga tidak terhabis makan.Dah banyak bagi kat saudara mara dan kawan2.
Yang ini tanam sederet 3 pokok dan berbuah banyak.
Hujan turun, pokok cempaka berpesta ria, bunga2nya kembang memenuhi ranting yg.rendang. Wangi cempaka aku ni.
Hujan yg.turun dan tak mahu berhenti, bunga mata hariku nampak murung dan kecewa.Rasanya tak akan sempat kembang bunga ini, ada tanda2 ia mengembang ditakungi air hujan.
Yang ini tak sempat keluar bunga, terus hitam, entah ada benih didalam atau tidak.Tunggu aje lah.
Labu kundur cepat membesar dihujan2 begini, dia nampak sihat.
Tapak tanaman ros habis luruh daunnya.Tunggu dan lihat apa nasib bunga2 rose aku ni.Pasu2 ini telah ku semaikan benih2 bunga mata hari dari berbagai jenis.Entah apa nasib nya..ada juga ku semai benih betik Elbino.Semoga hidup betik Elbino kecintaan ku itu.
ok lah, sampai jumpa lagi.Salam ceria selalu.Assalammualaikum.
Banyak betik yang kak puteri purnma tanam..huhu..sihat2 pulak tu...kunduq tu pun sungguh besaq..saya tak berjaya tanam yang buah2 ni..petola dgn timun pun duk kluaq bunga jantan ja.huhu..sedih..rasa nak tanam sayuq ja la pas ni..
ReplyDeleteminat buah betik ek..sebab tu tanam banyak, lagi pun buah ni mudah hidup.Terimakasih yana sudi melawat.
ReplyDelete