siang tadi hari sabtu 19 januari seawal jam8.30 pagi ada mesyuarat, semua wajib hadir. Mesyuarat selesai jam 12.30tengah hari..Tersangatlah bosannya.Bercampur aduk mesyurat dgn taklimat dan nasihat2..
entahlah malas nak layan.
Semasa mesyuarat, ku perhati ramai pegang novel.. pd.usia begitu masih ramai nak baca novel..terdetik dihati..dari remaja baca novel, kenapa pd.usia begini tak baca tafsir Al Quran?..Pernah juga ku bincangkan hal ini, nampaknya ramai yg.memberi pendapat berlainan dgn.pendapat ku.Tak apa lah yg penting aku dah suarakan pendapat dan berkata benda yg berfaedah.
Macam biasa aku suka mendengar surah2 Alquran yg diterjemahkan macam vedio dibawah ini.
Sesaorang telah meminjam mp3, milik ku..dia sangat terperanjat. Aku terasa hairan melihat sikapnya seolah2 dia tak pernah mendengar, terjemahan al quran , mungkin masa dia mendengar, dia terdengar kata2 dalam bahasa melayu indonesia yg diucapkan..sebab itu dia nampak tersentak..sedih nya dia tak nak dengar sepenuhnya, dia dengar sebentar saja sepantas kilat dia letak semula dan bertanya dgn mata yg terbeliak 'apa puan dengar ni'?
Aku tak jawab soalannya, aku senyum je..
Sebenarnya aku dengar surah yassin ini dan terjemahannya sekali..
Aku muatkan semuanya sambungan surah yassin ini. Vedio pertamanya sudah ku muatkan dalam entry sebelum ini. Mudah untuk mendengarnya saat ada masa yg terluang disamping membaca catatan blog dipersekitaran.
Mari dengar semoga memberi impak dalam pencarian diri yg,hakiki.
slot: 2
slot: 3
Salam kak..
ReplyDeleteHmmm...ramai yg anggap baca quran nie membosankan kak.. tidak spt baca novel mahpun dengar lagu..sedangkan bila kita dengar quran wpun tak paham makna..tetap hati kita terasa sayu & tertarik..apatah lg bila dibaca dgn kusyuk & paham maknanya...
walaikumsalam dik,
Deletebetul lah tu agaknya.Tapi kan dari pemerhatian saya, mereka bukan bosan, mereka tak terfikir pun untuk mencubanya dan mendekati nya. Ramai yg.sibuk utk.kehidupaan hari ini dan esok.Masa rehat digunakan utk.mencapai sedikit hiburan utk.perkembangan emosi dan personaliti diri. Hanya yg benar2 mencari personaliti diri yg akan membahagikan masa rehat itu untuk dunia dan akhirat. Tapi terlalu sedikit.
Apa pun, yang saya tuliskan ini saya harap anak2 mama@ anak2 murid kumpulan kaunseling kelompok yg dah bertempiaran diluar sana, harap dapat baca entry ini dan kekalkan personaliti diri yg baik2 yg kita dah terokai bersama.Jangan hanyut sayang. Di hadapan itu terlalu bergolak.