Wednesday, 9 January 2013

Mingintai tinggalan sejarah di Pulau Mutiara.

Cepatnya masa berlalu, tanpa terasa kita sudah memasuki 10 januari, hari ini khamis .
Selesai acara sukan ada masa untuk meneliti gambar kenangan yg sempat dirakamkan sewaktu melawat P.Pinang yg.sedang pesat membangun.

Sudah terlalu padat bangunan di pulau yg suatu waktu tercatat dalam sejarah Tanah Melayu sebagai gugusan negeri negeri selat, yg khususnya utk.menempatkan orang tahanan dari Goa, India.
Ku abadikan gambar kenangan ini disini dalam lingkaran ini.
Jom tengok gambar.

Bersiar2 di aeria Padang Kota Lama dari hujung pantai ke hujung pantai best sangat sambil menikmati hembusan angin selat yg.panas panas dingin.




Sempatlah makan rojak buah dan kacang kuda rebus.Tapi saat ni kacang rebus tu habis dikongsikan dgn.burung2 merpatik yg.entah dimana tinggalnya dan dah berapa lama usianya..rasanya ada beratus ratus ekor.



Bayangkan suatu ketika selat ini terlalu sibuk membawa angkatan perang British untuk memaksa raja2 melayu menerima dan mengikat perjanjian dgn mereka.  Kini kita tidak berperang dgn.orang luar tetapi sedang berperang saraf dgn mereka yg.menjadi 'duri dalam daging'

Ahh Bukit Bendera, ada banyak tapak kaki yg ditinggalkan, helai tawa dan senda gurau aku dan anak2.

Kami ke Bukit Bendera pada 21.12.2012, agaknya ada tak member2 blog yg.berkunjung pd.tarikh ini.  di belakang tu, tudung coklet macam tuan blog 'suka suka' k mar.  hehehe..jangan marah k mar.
Meriam ni terletak dikemuncak bukit Bendira, penat panjat bukit ni.  Saya terfikir begini berat senjata ni, bagai mana mereka bawa naik ye..ianya 1800 tahun yg.lampau

Cantik kan bunga bunga pisang pelbagai warna.


Bunga putih kuntum besar ni, ku ingin sangat memilikinya..tak tahu apa nama bunga ni, tak pernah nampak ia dijual.

Iini bunga rerumput liar..rasanya tumbuh sendiri. k Mar dari blog 'suka suka' pun ada terperasan bunga ni.Cantik bunga ni macam bunga tulip kelopak kecil.
                                           ABC ni sedap sangat..
                     Saat lepak di dataran Padang Kota Lama, tepi pantai, adalah penjaja menjual huruf dan nombor untuk buat pemegang kunci atau bingkai gambar..mahal.Tapi demi sebuah kenangan ku biarkan Miming dan adik2nya memilih huruf dan mencipta kreativiti mereka sendiri untuk pemegang kunci masing2.

     Aku tak ketinggalan.  Ini aku punya.  Untuk kenangan.
                              cantik tak? hehehe..cantik kan.Tapi ombak tu hitam, Aida kata macam  'misai'.
Dah siap baru dia komen.  Hilang terus seri purnama .
OK lah, semoga jumpa lagi.salam ceria selalu.

7 comments:

  1. Lama x pegi pulau pinang kak puteri purnama..last pegi naik bukit bendera thn2009..teringin nak pegi lagi..sonok tengok gambaq2..sangat cantik..sejuk macam dulu lg x tak?

    Hehe..saya pun nampak ombak hitam kat keychain akak tu macam misai inspektor sahab.hehe...jgn marah kak puteri purnama :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe macam misai, tambahlah nilai abstrak bingkai gambar tu..itu yg mahal tu. oo Bukit Bendera masih sejuk dan redup, cuma susah parking dan sesak masa naik tu.
      Ada peluang jalan jalan lah ya..

      Delete
  2. Salam kak..
    sampai penang jgk yer...haaa..penang tuh ade 1 seribu kenangan kat situ maklumlah 6 tahun dok situ..huhuhu
    tgk garmbar pertama ingatkan ade 5 orng anak gadis..rupanya ade ibu gadis jgk bersama..hheheheh jgn mrh kak...sopan anak2 akak suka tgk..
    bkt bendera lama dulu pernah naik bwk mak...suka sgt dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 6 tahun duduk penang, masa tu student ke dah kerja ummi.Best lah ummuaidan dulu duduk penang, sekarang duduk Fiji,,sentiasa dapat udara pulau.

      Tak marahlah, seronok pula rasa muda hehehe..gurau je.

      Delete
    2. dok sana 6 tahun kak, 1 thn matrik, 4 tahun study..1 tahun keje..siap ngan moto buruk buat round island..heheh

      Delete
  3. cantiklah bingkai tu.. tak macam misai pun.. kalau tak salah nurul, bunga bebaru..kalau tak slah la..hehehe

    ReplyDelete
  4. Terimakasih Nurul.Bunga bebaru ye.

    ReplyDelete