14 Disember, ke Kuala Lumpur urusan ambik kereta. Miming akhirnya beli kereta dari tangan seorang yang baik.Kereta lawa baru cat dan dalam kondisi yg.masih baik tak ada cacat celanya.Alhamdulillah.
Temu janji di Taman warisan pertanian, aeria putera jaya.
Sarapan pagi di tempat tersebut.Wah alangkah nyamannya tempat itu, ada perbukitan yg.penuh dengan tumbuhan herba dan buah buahan.Aku ambik peluang memasuki kebun nun di atas bukit dengan bayaran masuk 2.00 ringgit seorang.
Di kemuncak bukit buah rambutan kuning tengah masak ranum, dari bawah tempat parking kereta kelihatan seperti limau mandrin.'ku ingatkan limau mandrin' sebab itu semangat panjat bukit.
Penat sangat keliling bukit tapi dapatlah melihat berbagai ragam tumbuhan yg dipelihara rapi..
Buah rambutan jangan ceritalah banyaknya. Aku minta kebenaran dengan si penjaga kebun untuk menikmati buah rambutan tersebut. Penjaga itu kata 'angkatlah' hehehe..dia seorang india, baik sangat orangnya.
Anda pernah melawat kebun ini?..kalau tak pernah, datanglah..ada banyak herba. Namanya juga 'Taman Warisan Pertanian' macam2 ada.
Sewaktu menuruni bukit, aku hampir terjatuh berguling2, maklumlah pakai kasut tinggi..tak pernah dibuat orang kut, tapi aku buat.Iyalah..aku tak menduga akan membuat aktiviti panjat bukit ni..ia satu kebetulan dah terlanjur singgah.
Sampai dibawah tempat parking kereta, hp.berbunyi..ada 10 miss call, dua dari Ayu dan 8 lagi dari
abang aku 'abang Lim'..apa cerita ni?..Oh..rupanya abang meminta aku suami isteri dan anak2 ke majlis perkahwinan anak tunggalnya Dr.Faizal.
Majlis dibuat bertempat di Grand BlueWave Hotel Shah Alam. Abang minta kita orang sebagai wakil rombongan pengantin lelaki, siap kena pakai warna kelabu sedondon.
Ah..time bincang mengenai baju ni , tuan kereta yg.di tunggu dah sampai.. aku main yes2 je dgn abang Lim mengenai kehadiran kami di majlis itu nanti. 'ir' pula bersama 'ir' Junior, sibuk bincang dgn.tuan kereta yg.miming nak beli tu.
Urusan tukar nama di jpj, selesai jam 4.00 petang, nak balik pahang alang2 pula.
Terpaksa menginap di hotel aeria masjid india, senanglah shoping mencari baju warna kelabu untuk 2 orang lelaki dewasa, dan 4 orang perempuan. Senang ke nak shoping utk.6 orang ni?..
15 disember, pagi di aeria masjid india, shoping..mula2 cari baju melayu dua pasang, lengkap songkok dan samping . ahh dapat, senang pilih orang lelaki ni, datang bab anak bongsu..suhaila..ah dapat, bila bab miming dan Ayu dan mamanya...sampai jam 5 petang, baru dapat kesemuanya..bergegas nak balik salin baju, acara jam 8.00 malam. Terperangkap lagi di kesesakan lalu lintas 'jem' ..abang Lim pula 'asyik nak tahu'
kita orang dah di mana..aduhh benar2 jadi kenangan. Kenangan yang tak akan berulang. Tapi berbaloi.
ku kongsikan gambar kenangan ini.
Tinggi kemuncak bukit ni, sempatlah semput.
sempat makan dengan izin tau.
Tuan blog 'tanam sendiri' selalu cerita kebaikan pokok herba ni, kalau tak silap nama nya 'bangun bangun' boleh buat teh dan ubat lelah. Adalah aku panjangkan tangan petik dahannya..sedikit je tau..
kereta yg.ditunggu, cantikkan, boleh lah bawa kuliah kan Ming.
Grand Blue Wave Hotel Shah Alam 15.12.2012
Ayah penganti perempuan menyambut kita orang, bersalam dgn 'ir'
Pernikahan berlangsung dirumah pengantin perempuan pd.12.12.2012
sempatlah merakam kenangan sekeluarga.Anakanda Nawal, anakanda alul dan puteri filok, ada bersama.Puteri Filok yg.pakai cermin tu.Lawakan.
Abang 'lim' ayah pengantin lelaki, sempatlah singgah dimeja kita orang.Bertuahnya abang Lim, dapat menantu dr. Aku bertuah dapat cari bag oren sedondon dengan kasut bonia oren juga.
Best saat ni menikmati suasana hotel 5 bintang kut.
Baju ni bolehlah buat baju raya 2013 nanti kalau ada umur..berbaloi juga shoping awal hehehe..sekali sekala berlaku ketika itu.Ada hikmanye.
bestnya kenangan ni, abang lim dan isteri, aku dan beg oren aku..hehehe.."ir' berdiri berbaris, tapi kamera fokus kat bag oren aku tu, agaknya.
Sesi bergambar keluarga pengantin lelaki bersama pengantin, alahai kecik je gambar ni..bolehlah untuk kenangan.Nampak tak beg oren tu..aa nampak sikit.semua kami ada atas pentas pelamin ni.Tema kelabu.
ah.'ir' ..seri pengantin kita masih adakan, meski dah 30 tahun berlalu.hehe.Alhamdulillah.
Ok lah sampai jumpa lagi.Salam ceria.
Cantik beg oren tu puteri purnama..itu yang nampak clear sgt tu..hehe.. :D kereta kaler kuning pun cantik...kaler ang bersemngat...
ReplyDeletekaler tema utk 2013 ni..hehehe.biar semangat sikit.
ReplyDeleteoren ni kaler rasmi Vemma he he
ReplyDeleteWah wah...dok hightlightkan beg oren dia...cantik tu..hehehe...
ReplyDeletenampak lawa gak warna kelabu sedondon...elok tuh buat raya thn depan..)
Ummi,
Deletewarna kelabu nilah puncanya terpaksa cari warna oren ni..kalau tak gitu habis semuanya pudar hehehe..Jom dik, pakai warna oren, apapa je lah yg.oren, nanti kongsi tengok kat entry seterusnya..utk seronok je.
k mar,
ReplyDeletejom pakai oren.hehehe kita buat tema warna ni utk 2013..hehehe warna orang bersemangat kata hitomilavendar.
Hehe...betui puteri purnama..warna yng bersemangat tu...:D.orang yang tengok pun turut sama bersemangat nie.hehe..
Deleteyana@hitomi lavender, jom pakai warna oren hehehe..nak tanam sayur daun warna oren, ada tak sayur warna oren?
Delete