Penerbangan untuk cuti2 Malaysia sekaligus untuk lepak bersama 'cik' di Bumi Pahang, meninggalkan berbagai kenangan manis. Penerbangan kali ini 'ir' belikan tiket 'business class'.
Istimewanya pakej busuness class ini, semasa menunggu pesawat selepas cek in, ada disediakan makan dan minum, menu nya dari yg ringan2 sampai ke makanan berat. Lauk pauk nya sedap2, nasi pun dua jenis iaitu nasi putih dan nasi minyak. ooo lama lah juga lepak disitu, tak ada larangan , makanlah banyak mana pun..semuanya free..dah dikira dalam harga tiket.Jom tengok gambar:
Airpot KK.
Aku pilih warna biru dan putih dihari itu.Dapatlah aku pakai dua warna nostalgia ini.
Disinilah tempat ini tak berani ambik makanan berat, takut badan naik dan perjalanan masih jauh.
anak anak pun pilih jus dan kek
Dalam penerbangan tempat duduk sangat selesa dan makan & minum dihidangkan, menunya hampir sama masa diairport.
Malam, sampai dirumah ibu mertua ku@ 'cik' dia sihat dan nampak ceria sangat.
Awal pagi lepas sembahyang subuh, aku, cik, ir dan ir Junior, ke kebun durian tinggal ayah mertuaku. Pokok2 durian itu sudah terlalu tinggi dan tua, menyebabkan buahnya sangat sedap dan antik. sepisis durian lama.
Ir berbaju kuning pagi itu, sangat bersemangat mengintai durian yg gugur dan bersembunyi dalam semak samun rumput yg.meliar. Seram juga takut ada ular.
hehehe itu lah tok cik, semangat meredah semak diawal pagi kerana nak cari durian luruh. Kami cari durian ni 3 kali.Awal pagi hingga jam 10 pagi, balik, datang balik jam 3 petang dan datang balik jam 6.30 petang. Kebun2 ni tepi jalan raya besar, makna nya, siapa dulu dia punya..
Cik kata tak apa jadi sedekah untuk tok wan yg.telah tiada.
Ini tergolek depan aku.ee wangi durian ni.
'ir' jumpa banyak. aku asyik menebas dan sibuk cari pucuk ubi..eee best sangat.
kejap je dapat banyak ni..kami tak tunggu pokok ni..sesiapa pun boleh singgah ambik.
Dah dapat banyak ni, nanti tengah hari ada lagi..petang lagi..hehehe rezeki pulang tahun ni, kebetulan durian berbuah.Sebenarnya durian ini berbuah tiap2 tahun, pokok tu gilir2 berbuah..tapi baru kali ni, berbuah hujung tahun kebetulan kita balik. Alhamdulillah.
Ini rambutan belakang rumah, besar2 isi nya dan longkah..manis sangat..banyak lagi kat pokok tu.
Ini juga pokok duku langsat di belakang rumah.Pokok ni dah hidup lama tapi masih terus berbuah dan sangat manis.
Pokok manggis juga dibelakang rumah, belum masak sepenuhnya..tapi dapatlah makan..aku rajin cari buah masak dicela2 daun.
Lawatan ke tapak MAHA..lautan kereta..tak dapat masuk, langsung tak ada parking.Paking di luar, dijalan raya besar, terpaksa jalan kaki.
Awan tebal, sambil jalan kaki, dalam hati ada doa semoga sempat sampai ke tapak pameran, kalau basah kuyup, macam mana nak masuk bercampur dgn.org.ramai kan.Nasib baik sempat.
Ramai parking diluar.
Sampai di tapak khemah, inilah bunga2 yg sempat aku tengok.Tengok aje lah..
Di tapak MARDI, aku beli benih kacang panjang renik dan silver, dan beberapa benih cili.
Orkid2 dijual murah.atas meja pokok kecik2 tu harga nya cuma rm8.
Orkid yg belum berbunga harganya cuma rm5. murahkan.
suasana dalam dewan pameran.Aku cari baja tapi, tak sempat beli, penjualnya entah ke mana tak dapat tunggu sebab dah nak hujan lebat.
sempatlah pilih t.shirt dan beli payung.
Ok lah, ku simpan album kenangan ini, disini dalam lingkaran ini..untuk sebuah ingatan yg.panjang, agar kita tetap mesra dan saling menghargai, bahawa kita pernah bersama dalam suatu kesempatan mencatat cerita yg.berbeza.Acit dan Ayu yg.tak sempat bersama, inilah aktiviti itu. Assalammualaikum.
Salam kak..
ReplyDeleteHaii..seronoknya suasana kampung masuk dusun gitu...banyak betul buah2an dikebun cik yer...semua ade tuh..nanti next time akak bwk saya gie kebun cik yer...heheh
walaikumsalam dik,
Deletememang seronok masuk kebun diawal pagi, dapat rasa sejuk embun dan wangian rumpu liar.Insyallah kalau ada peluang kita gi kebun cik, hehehe bilalah tu agak nye ye.
Assalamualaikum...seronoknye ade dusun dapat makan buah2an segar.salam kenal.
ReplyDeletewalaikumsalam Emaa.
DeleteTerimakasih melawat kita.ya sangat seronok makan buah2 segar dari kebun tanam sendiri.