1 Disember 2012, berpeluang berkunjung ke Cameron Highlands.
Telusuri perbukitan melalui jalan lama didaerah tapah, memberi peluang kepada kami sekeluarga menyaksikan lukisan alam ciptaan Tuhan. Seawal pagi kami sampai dikawasan airterjun ini. Aku pernah menjejakkan kaki di Lata Iskandar ini, sewaktu aku tingkatan 2, bersama pelajar MGHS.
Berlari anak lah aku memeriksa semua ruang.Memang banyaklah perubahannya.
Airnya sudah tidak sederas dulu.Namun dia masih disitu berusaha mengekalkan dirinya, semampu yg.boleh.Tebing batu tinggi itu juga masih kukuh disitu dengan warna kemerahannya.Cantik sekali.
Akhirnya aku dapat juga memakai blouse kuning dan seluar merah, gabungan 2 warna yg tercetus hasil dari memerhati kuntuman bunga sewaktu melawat dikaki gunung kinabalu.CH, menghamparkan ratusan kuntum bunga bunga.Aku terpanggil untuk membelinya.Bunga mawar pelbagai warna, lavendar dan bunga pimpong, benar2 seperti bola pimpong.
Aku nak beli alat kaki pasu bunga ni, tapi..benda ni boleh tempah didaerahku..hanya perlu kongsikan ideanya.Betulkan.
Ini pun cantik.
Ini banyak memberi aku ilham utk.lebih bersemangat memperaktikkan sistem hidroponik
Sistem titisan..ini boleh buat.
Melihat benda ini aku dah belajar sesuatu.Insyallah, akan dicuba.
Anak2 seronok menikmati pemandangan dan masing2 menyimpan memori sendiri sendiri.Sekurang kurangnya suatu masa nanti mereka akan teringatkan tempat ini, kami pernah bersama.
Ok lah. Rashid dibanglore, dan si manis Ayu, suatu kesempatan kita sekali lagi akan ke sini, saat itu nanti kamu dan Rashid perlu ada bersama k.
Ok. salam ceria selalu. Salam sayang.
Salam Kak..
ReplyDeletepercutian yg indah bersama family kan...mencuci mat dgn bunga2 segar...seronok bila pergi CH..
walaikumussalam dik,
ReplyDeleteya benar benar seronok..tapi banyak guna duit..hehehe..tak apa setahun sekali.