Wednesday 15 May 2013

16 Mei- Bunga-bunga ku berbisik " Happy Teacher's Day "

Assalammualaikum.
Dalam kesibukan, baru saat ini jam 2 pagi dah masuk 16 Mei baru ada kesempatan melawat halaman ini.

Lima hari berlalu tidak berpeluang melayari laman maya, menambah rindu berlipat ganda dihati yang semakin dimamah usia.  Beginilah hidup, ada masa lapang dan ada masanya sangat dihimpit kesibukan yang tidak terelak.  Namun hari-hari berlalu meski sibuk, bunga bunga ku dihalaman tetap setia menghidangkan pelbagai bentuk dan warna juga aroma, yg.mampu membuat jiwa sentiasa ceria, segar dan penuh cinta.

' Aku Cinta Pada Mu '
Cinta ini mekar seperti bunga2 ini, andai ia layu, akan ku semai lagi, berulang kali, tidak akan ada jemu dihati ku..selagi ada mata hari, air dan udara, siang dan malam, bukan kah itu keperluan asas?..

Rasa ini ku persembahkan dalam pelbagai variasi.
"Aku sayang kamu"
kamu yang menjadi lingkaran hidupku
Menceriakan hari hari laluku.

Jom dengar bisikan bunga2 di 16 Mei ini " Happy Teacher's Day "
                                        
                Amaryllis yg.berusia hampir 2 tahun, siang tadi baru perasan dia dah berbunga. Alhamdulillah.


Cantik kan, keembong  berwarna lembut.Ku minta benih bunga ini dari seorang wanita india.
Dusun duria ayah mertua berdekatan dengan pekan TongKiat, disungai Jerik, selepas mengutip buah durian diawal pagi aku, Ir dan 'cik' yang tersayang  akan singgah membeli nasi lemak, di pekan tersebut, aku nampak seorang India menyapu halaman awal pagi, aku tegur dan aku minta benih bunga kembong@balsam ini..dia bagi dengan tersenyum manis, senyum persahabatan antara kami, bunga di halamannya telah berkembang di halaman ku, dia dalam kenanganku.
                                            Mawar ini selembut warna, seindah rupa.
Mawar merah jambu membuat aku rindu.Rindu pada raut wajah 'gadis merah jambu ku'
       Bunga kembong unggu.  Aku dapat benih ini dari kejiranan 'cik' tentunya dari bumi Pahang yg.subur.
                                        Aku nampak bunga ini tumbuh dalam pagar rumahnya, rumahnya ada kedai runcit, aku dan Ir meronda persekitaran kampung, aku nampak bunga ini, dengan senyum manis, aku terus bagi salam dengan makcik itu, ku  nyatakan hasrat untuk meminta benih bunga ini, dengan tersenyum dia berkata   " ambil lah"..lalu menatap kuntum yg.unggu ini, makcik ini dalam doa ku.
hahaha..bunga ini tak putus berbunga, tahan lama dan ceria..apa nama bunga ni?..ada 3 warna, sebenarnya empat, yg.putih melepak belum berbunga.
                                            Cantik kan merahnya.
Bunga2 zinnia yang tidak putus berbunga.  Aku sangat sayangkan bunga ini.
Setiap kali menatap kembangnya yg.banyak menguntum ada dua nama terlintas di hati ku, untuk aku kongsikan benih bunga ini, namun masa masih tidak mengizinkan, akan ku kirimkan juga bunga ini untuk mu.  Sabarlah.
                                                   Cantik kan..
Bunga matahari baka op yg.berterusan mekar dihalaman. Aku tak ingin kehilangan bunga ini.  Benih asal aku pesan dari Tuan Iskandar blog tanam sendiri.com
Hujan lebat memaksa kuntumannya tunduk memandang bumi, mengelakkan rempuhan titisan hujan yg.garang.
Segar dan ceria
Rimbun menawan dengan kuntuman yg.besar2.  Alhamdulillah.
Semai bunga matahari. Semai banyak2 untuk persediaan di hari lebaran nanti.
                                                      Asal ada ruang semailah. walau di mana jangan putuskan bekalan itu. Jangan lupa berdoa kepada yang maha Pencipta, dengan izin Nya, ia akan tetap tumbuh dan indah.

Ok lah sampai jumpa lagi, ' selamat menyambut hari guru' kepada rakan guru.Assalammualaikum salam mesra dan ceria selalu.





15 comments:

  1. salam kak..
    selamat hari guru..semuanya cantik & berseri dr laman seorang pendidik yg indah..:)
    akak nyer zinnia terusun cantik jer..tak dr yg tumbang2 kebumi..yg kat fiji nie dah mencium bumi dah..kena simpan benih tanam balik lps beranak nie kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam dik.
      menyimpan benih zinnia ini itulah sebaik2nya kerana bunga ini kalau pupus susah nak dapat balik koleksi warnanya..ada juga jual di pasaran tapi tersangatlah sikitnya.

      Untuk mengelak ia rebah, bila pokok dah mula berbunga, kambuskan pokoknya dengan tanah secukupnya.Biar pokoknya benar2 tertanam.

      Delete
  2. assalam Puteri.. selamat Hari Guru juga,,,, semoga ilmu dan bakti yang sicurahkan memberi keberkatan dunia dan akhirat... nanti nak jga benih bunga yang cantik-cantik tu..akhirnya berbunga juga amrilis tu kan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam k Mar.
      Terimakasih atas doa itu, amin. bagi alamat, cuti dah dekat ni, adalah masa nak berurusan di pejabat pos.Nanti saya kirimkan k.

      Delete
  3. Assalamualaikum kak puteri,

    Selamat hari guru kak,semoga Allah merahmati dunia dan akhirat segala jasa2 dan ilmu dan bakti yang di sumbangkan dalam membina anak2 negara.

    cantik bunga2 yang akk tanam tu,semai bunga matahari tu sempat la berkembang menjelang raya nanti. cantik dan indah pemandangan rumah akk nanti. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam dik.
      Terimakasih atas ucapan dan doa itu.Amin.
      Cantik kan.Jom tanam zinnia. Tanam zinnia ini, taburkan saja, tak payah alih, biar dia rapat2, nanti bunganya pelbagai warna,kalau nak alih juga susun elok2,biar agak rapat.keratan lavendar versi malaysia timur tu, hidup ke? hehehe..kongsikan nanti gambarnya k.

      Delete
  4. meriahnya bunga2 akak, boleh kutip tiket utk org melawat taman akak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe tak lah sampai gitu Rose...bunga banyak tapi tak tanam teratur, tak ad masa.

      Delete
  5. Sgt cantik bunga balsam pink & purple!

    ReplyDelete
  6. salam kak puteri.
    Selamat hari guru :)
    semoga beroleh segala keberkatan didunia dan akhirat diatas segala jasa yg diberikan dalam mendidik anak bangsa menjadi insan yg berguna :)

    kak puteri, sy memang admire betul dgn keindahan bunga2 ditaman kak puteri ni lebih2 lagi bunga matahari tu.. dulu mase kecik2 sy selalu angan2 nk taman rumah sy dipenuhi bunga mathari :) hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih dik.Amin.
      Jom lah tanam bunga mata hari.Hari hari boleh tengok dan menyanyi "bunga matahari ku mekar berseri, teman dikala sunyi.."hehehe lagu murid sekolah.

      Delete
  7. Assalamualaikum kak puteri, meriah sangat tengok halaman rumah kak puteri. suka tengok zinnia yg brmacam warna tu, esp. yg putih tu tak prnah jmpa lagi. nak jgk kalau ada extra benih :) Dya pun tngh plan nak semai bunga2 utk prsdiaan raya nanti ni. hrap2 byk lh bunga yg brkmbang nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam Dya.
      Terimakasih sudi melawat.cantik kan , jom tanam bunga.zinnia putih, benih habis, kena tunggu tualah yg ada kat gambar tu.nanti email alamat k.

      Delete
  8. Salam Puteri,
    Cantik sungguh bunga2 kat taman Puteri. Sy tumpang seronok mencuci mata.
    Jika ada lagi benih bunga pecah piring n keembung tu boleh lah pass sikit kat sy...hehe..dah lama teringin nak tanam...bunga keembung yg sy tanam cuma selapis bunganya.

    ReplyDelete