Sunday 5 May 2013

Penat tapi berbaloi

saat ini subuh 6 mei, hari isnin yg.tenang.
Kelmarin 5 mei, aku bertugas sebagai kerani mengundi.  Seawal 6 pagi aku dah ke sekolah aku, yg.menjadi tempat untuk membuang undi.  Waa penantnya, sampai jam 7.malam baru selesai pengiraan undi.
Pusat tempat aku bertugas BN menang.Alhamdulillah.

Semasa bertugas, apa bila barisan wakil pembangkang masuk ditempat mereka sebagai ejen pemerhati proses pembuangan undi, hati aku sangat tersentuh.  Apa tidaknya, benar benar aku rasa seperti terluka melihat barisan itu, adalah abang atau ayah kepada anak2 murid aku.

Di mana, ada antara anak mereka adalah LINUS, dapatlah aku jawapannya, kenapa mereka melahirkan anak yg.tak dapat bersaing, sebabnya ayah mereka sibuk berfikir ke hulu ke hilir untuk mencari tektik menjatuhkan kerajaan, sehingga terabai tanggung jawab nak cemerlangkan anak, agar terkeluar dari kelas LINUS. dashyatnya rasa dikhianati.  Kemudian ada diantaranya pernah jumpa guru tanya bantuan kewangan yg.disalurkan kerajaan kepada anak2 mereka.Bila mengundi mereka undi musuh kerajaan, tak cukup dengan itu, mereka tunjukkan lagi diri mereka sebagai ejen memecahkan undi rakyat.

Hemm ada kesal dihati ku.  Namun syukur kepada Allah, kerajaan yg.sedia ada masih memerintah, meski ada ngeri dihatiku, apa bila melihat peningkatan semangat puak pembangkang semakin kelihatan bersatu hari demi hari, saat demi saat, mereka tidak membazirkan waktu, golongan muda mereka tetap mengundi calon mereka, mungkin cita2 mereka nak menaiki roket dan menjelajah bulan dan mencapak dacing ke pinggir laut membara begitu kuat.

Apakah 'melayu' hanya akan tinggal nama??
Lepas ini golongan artis melayu akan berpesta membawa anak muda mudi melayu berhibur sampai leka, dulu akademi Fantasia, lepas tu drama2 hantu dan cinta2, musim kali ini entah apa lagi agaknya, mungkin berlakon secara percuma, tanpa gaji asal dapat masuk muka di skrin TV..apa apalah yg penting muda mudi melayu akan lalai.

Tahniah kepada semua warga yg telah membantu mengekalkan kerajaan yg.sedia ada.Alhamdulillah.
Aku penat sebab hari ini, pagi ini kena bertugas macam biasa.
Salam ceria.

2 comments:

  1. sy pun sedey akak..entah lah itu tak kena ini tak kena...penat dengan agenda2 mereka

    ReplyDelete
  2. Betul tu Nadia.rasa tak tenteramkan, rasa tak seperti hari2 biasa, macam ada yg.merimaskan.

    ReplyDelete