Sunday, 23 June 2013

Emosi Alam.

Cepatnya masa berlalu.Hari ini 23 jun, hari ahad yg.tenang lagi santai meski cuaca panas berbahang.
Ketiadaan hujan membuatkan projek menanam tanaman yg.dirancang ditanah pantai yg.sedang diusahakan terpaksa ditangguhkan.

Sebenarnya pokok2 masih boleh disiram untuk membolehkan ia hidup, masalahnya suhu yg.panas berlebihan diikuti jerubu membahayakan pula kesihatan diri sendiri. Tak ada pilihan, semuanya terpaksa diperlahankan.
Masa yg bergerak pantas, usaha dan tindakan berjalan perlahan.
Dua situasi yg.bertentangan, dapat ke menghasilkan impak maksimum yg.diharapkan??..

Ada masa rancangan perlu gagal untuk menguji semangat dan iman. Itu saja kesimpulannya.

Emosi laut.  Laut bila bergelora perlu dijauhi.  Bila tenang dan ia santai, manusia menggunakannya untuk bermain.

Gambar ini aku rakamkan sewaktu menyaksikan pesta perahu naga pd.15 dan 16 jun.yg berlalu.Masa ni acara belum bermula.  Aku malas nak tunggu.. aku lebih gembira mendengar bisikan ombak yg.mengejek tingkahlaku manusia yg.hanya tahu menggunakan sumber pemberian Allah, tapi tak mahu mengenali Pencipta Nya.


        'dan dengan pemeliharaan kamilah kapal kapal yang belayar ditengah lautan', petikan ayat dari alquran.
                                 Setiap kali melihat laut dan kapal, aku teringat maksud ayat ini.

                                           Pemandangan pantai teluk likas.
                                         Barisan perahu yg.akan berlumba.Banyak penyertaan dari negara2 luar. Australia dan New Zeland pun ada.
Ok lah salam ceria.  Selamat menunaikan ibadat puasa sunat 15 syaban esok hari.  Semoga keberkatan dan perlindungan Allah untuk kita semua.Assalammualaikum.

4 comments:

  1. saya suka gambar yang nombor 2

    ReplyDelete
    Replies
    1. tempat tu memang cantik Rose. eee kamu nangis ni, ada apa?.
      Jangan menangis dik, salam sayang.

      Delete
  2. dengar kata ada tofan kat daerah sana...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah ada dalam berita, benar lah tu.Tq ya.

      Delete