2 Jun petang ahad yg.tenang. Di luar hujan mula turun seperti senja kemarin. Tengah hari tadi aku sekeluarga sempat menghadiri majlis persandingan anak jiran sekampung anak 'cikgu Sabtu'.Alhamdulillah macam2 jenis lauk dapat dirasa.
Kini sudah dua jam aku menghadap PC melayan semua benda di alam maya, berunsur agama, hiburan , penulisan dan komen2 dalam blog politik dan sastera. Akhirnya aku periksa lagu yg.berjaya membawa saudara 'Mior' juara kilauan Emas 3.
Best sangat lagu2 yg dipilihnya, hampir semua lagu2 rock masa aku remaja dulu.
Menghayati senikata lagu2 rock Malaysia, sebenarnya sangat menyenangkan.Ada banyak berunsur agama cuma disampaikan dalam suara nyaring dan petikan gitar yg.gegakgempita.
Akhirnya aku periksa dan dengar lagu ini "Hilang Naluri".Penyanyi asal Indonesia Once.
Senikata lagu ini mengingatkan aku peristiwa lalu seorang cikgu perempuan kawan aku.
Dia sangat mencintai seorang pemuda, sedihnya bila pemuda itu telah lulus dan ada kerja tetap, dia hantar rombongan meminang gadis lain.Kawan aku itu hanya menadah tangan dan menyerahkan hatinya yg.luka kepada Allah.
Tak sampai 2 tahun, lelaki itu kemalangan dan lumpuh seluruh badan, tapi sempat lah dia ada anak dengan isterinya, hingga sekarang keadaan lelaki itu begitulah.Yang siperempuan telah berkahwin dan hidup bahagia.
Kisah mereka ini menyedihkan hati ku kerana cikgu perempuan kawan aku ini, selalu minta teman aku pos barang kepada kekasih hatinya itu, tapi akhirnya didepan mata aku sendiri, aku melihat dia menggelupur akibat luka yg.amat sangat.
Waktu itu aku benar2 ingin menulis kisah cinta mereka dalam bentuk cerpen, tapi pada masa itu aku sendiri sibuk ada anak kecil, dia selalu datang rumah aku dan bermain dengan anak2 kecil ku,
Dia pernah berkata dia ingin ada kehidupan seperti aku, ada suami dan ada anak.
Sekali sekala jom dengar lagu .
Ok sampai disini, cuaca begini membuat hatiku ingin berpuisi.
roda-roda kehidupan....
ReplyDeletebetul mar..kisah begini selalu aku peringatkan pd.anak2 gadis milik ku dan anak didikku.
Deletecinta yg tak kesampaian..
ReplyDeletenasib baik cinta kita kesampaiankan dik..hehehe..kalau tak mati kena sumpah macam dalam lagu tu.
Delete