Hari ini 19 jun, hari rabu,Cuaca panas terik, rasa kasihan melihat pokok2 persekitaran.Bunga2 dan pokok2 sayur termasuk pokok terung giant yg sedang rancak berbuah mengalami gangguan.Panas matahari yg.berbahang membuatkan pokok basil, kemangi dan tomato menjadi kering dan tidak bermaya.
Hari ini aku dapat menikmati terung giant bakar yg.rasanya menyejukkan tekak.
Resepi terung bakar ini, tidak semua menyukainya, dan terlalu jarang orang mengetahuinya.
Terung bakar ini menu kegemaran aruah nenek aku, dia seorang bidan kampung di zaman hidupnya.Ibu aku pun memperkenalkan menu ini kepada ku sejak aku kecil2 lagi.
Ibu kata musim panas terung bakar sesuai dimakan kerana ia menyejukkan perut.
Hari ini aku dapat menikmati terung giant bakar yg.rasanya menyejukkan tekak.
Resepi terung bakar ini, tidak semua menyukainya, dan terlalu jarang orang mengetahuinya.
Terung bakar ini menu kegemaran aruah nenek aku, dia seorang bidan kampung di zaman hidupnya.Ibu aku pun memperkenalkan menu ini kepada ku sejak aku kecil2 lagi.
Ibu kata musim panas terung bakar sesuai dimakan kerana ia menyejukkan perut.
Jom tengok gambar.
Terung sebelum dibakar, cuci dan lap kering.
Kupas@keluarkan kulit luar yg.terbakar guna tangan je.Macam dalam gambar ni.
Keadaan isi terung yg.dah dibersihkan kulit terbakar tadi.
Campurkan garam,sedikit perasa, gula kalau mau, limau nipis atau kasturi atau asam cuka untuk rasa,
isi ikan bakar atau ikan goreng apa2lah yg.diingini, cili padi untuk rasa pedas gaul dan bubuh air masak atau air suam.
Dah siap, saya campurkan udang geragau dan cili api yg.masih hijau mengkal sebab wangi dan sedikit bawang besar dan bawang putih.
Ramuan ini tanpa minyak dan sesuai untuk mereka yg.jaga bentuk badan dan awet muda hehehe..
Bila fikirkan semula, bayangkan anak2 zaman ini, mereka makan hampir 90% makanan mengandungi lemak dan minyak, kfc, kek,makanan segera, makanan ringan, kekacang..menu2 moden entah apa2 lagi..sebab tu, timbul macam2 penyakit.
Zaman saya dibesarkan, ibu ajak makan benda2 yg.dirbus saja.
Udang rebus, ikan rebus, ketam rebus, sayur rebus, tak ada istilah sup, bening..semua benda rebus air..tapi bahan tetap cukup..haliah, asam, serai, kunyit..daun kunyit, limau nipis, kasturi, cili..semua bahan segar.
Zaman ini semua ramuan dah siap dalam botol..betullah sama rasanya, tapi tetap ada bahan pengawet, agar benda tu tahan sampai sebulan dua, setahun dua atau lebih lagi. Jadi dapat kah dikurangkan perkara2 ini?
Yang rajin mungkin boleh, yg.tak ada masa?..jawapnya jom MacD, jom KFC atau jom jalan2 cari makan. Nah jumpalah menu bersantan, berminyak, berkari...terlebuh makan garam, gula..apa2lah.
Agak2 ada tak masalah terlebih makan 'Pahit'..hehehe.
Ok salam ceria dan assalammualaikum.
salam kak,
ReplyDeletepenah makan yg camni, mmg sedap
wa'alaikumsalam Ros.
Deletemenu paling mudah dan murah hehehe
As salam cikgu,
ReplyDeleteKalau saya lebih suka bakar guna bara arang. Masa bakar kita boleh letak jauh dari bahang api dan kulit buah tak hangus. Nak makan sekali dgn kulit pun tiada masalah.
wa'alaikumsalam Adry.
Deletewaa lambatla nak makan kalau kena bakar arang lagi, ini menu paling express sebab tu buat gitu hehehe.Terimakasih sudi berkunjung.
Takpa, lambat sikit je tu. Kena sabar baru rasa best nak makan..hehe..
DeleteArwah mak saya buat dressing dia dengan ikan bakar tumbuk dengan bawang merah sikit dan santan pekat..tapi resipi Puteri ini nampak mengancam juga
ReplyDeletetertinggal, lada hitam tumbuk
DeleteSalam DR.H, nasib baik emak kita tinggalkan menu2 warisan begini kan, kalau tak semua akan pergi dan lenyap bersama jasad mereka.ahh tetiba sebak.
DeleteSetelah ibu tiada disisi, baru dapat rasakan kesemua kebenaran fakta petua mereka kan dr.
Sedapnya, terung kat rumah kecil lagi.
ReplyDeletesalam dik,
Deletesedap terung bakar kalau biasa makan.Nanti kalau terung tanam sendiri tu dah besar, cuba resipi ni k.
Terimakasih berkunjung.
Belum berjaya lagi dgn terung...
ReplyDeleteK Mar,
ReplyDeleteterung ni, kalau dah menjadi, subur dan tak banyak musuh.Best sangat tengok buahnya membesar membesar hari demi hari dgn warna nya yg.antik..hehehe, jom tanam cuba lagi sampai berjaya.
Salam kak , i've tried this receipe but dia memang bau hangit or i just biarkan dia terlalu lama :/ rasa dah sedap but the bau is hangit a bit
ReplyDelete