Thursday, 6 June 2013

Terung giant dah berbuah.Alhamdulillah.

Hari ini 7 jun siang jumaat yg.panas kering.  Meski cuaca begitu panas terung giant yg.ku tanam sudah mula menunjukka hasil yg.agak mengembirakan. Dah mula berbuah cantik sangat.
Benih pesan dari blog tanam sendiri.com.
                            Meski daunnya nampak diserang pemangsa, namun buah yg baru muncul nampak sihat.

 Memandangkan pokok2 tu terlalu rapat, petang kemarin terpaksa aku kurangkan dua pokok dan tanam dikawasan yg.agak lapang dan terlalu terdedah pada mata hari.Inilah rupanya. tak pasti apa nasib pokok terung giant aku ni.  Tak apalah apa pun, yg lain tu dah boleh diharap.
Ok, salam ceria di pagi jumaat.Assalammualaikum

10 comments:

  1. Salam kak...
    Banyak terung akak tanam nampaknya...mmg habes buat makan yer...? kalau terung kat umah nie pokoknyer besar, buah pun banyak, cuma masaknyer kurang..sbb itulah siburung nak makan tuh tak marah sangat..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam dik,
      Entahlah akhir2 ni nak tanam semua jenis sayur, makannya tak sangat, habis gitu je..sedekah kat kawan dan jiran2, kalau dah sibuk habis jadi benih semula. Saya suka terung bakar.pernah makan? sedap dan wangi.

      Delete
  2. Puteri; Terung memang rajin berbuah kan! Baru gulai ikan masuk terung dan bendi tanam sendiri. Nampak dari gambar-gambar, Puteri ni memang tangan menjadi la, semua hidup dan berbuah subur. Alhamdullilah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, terimakasih Dr.H.
      Memang terung rajin berbuah dan tak rugi menanamnya.Gulai kepala ikan merah campur terung dan bendi, sedap, tapi rasa mesti nak tambah nasikan..hehehe elakkan kabodret berlebihan.Jom makan ulam ulaman dan jus betik, peria,apa apalah yg.membantu kesihatan.

      Delete
    2. ha nasib tak duduk bersebelahan, kalau tak dah pergi ambil betik sekaki puteri...saya dah semai, tak bercambah betik sekaki tu...so beli kat pasar tani aje la...

      Delete
  3. As salam cikgu,
    Terung ni sama dgn yg saya tnm dlm kebun kecil. Buah terung ni panjang dan kalau cukup zat, saiznya sebesar lengan org dewasa. Bukan buahnya saja giant tapi pokoknya dah hampir 1.5 meter tinggi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow besarnya.Terimakasih info ini Adry.Firsttime saya tanam terung jenis ini.Nak jaga elaok2lah hehehe..motivasi ni.

      Delete
    2. walaikumsalam Adry,maaf lupa sambut salam. bergegas keluar kejap nak bagi senyum kat terung giant tu hehehe.

      Delete
  4. Salam Puteri,

    Mak Aji ada benih terung ni, tapi bukan yang giant, yg biasa2 aja. Belum semai2 lagi. Tengok Puteri punya naik pula semangat nak semai!

    ReplyDelete
  5. Jom lah tanam terung mak Aji.mesti best resepi terung bakar.

    ReplyDelete