Tuesday 22 January 2013

air mata di dalam surah yusuf

Saat ini dah jam 11.00 malam 22 januari.
Ada waktu utk.menikmati surah2 Alquran yg.bayak dikongsikan oleh saudara seagama kita diseluruh pelusuk dunia melalui laman youtube.  Pensyarah psikologi aku berasal dari kuala terangganu, pernah berkata surah yusuf  salah satu surah digunakan untuk rawatan psikologi.

Nabi yusuf , Insan yg.dianugerahkan Allah ketampanan wajah melebihi insan lain dizamannya. Banyak penderitaan  jiwa yg di lalui baginda.  Surah ini sangat berkesan dihayati dan didengar ketika jiwa diganggu resah gelisah/Mendengar irama dan susunan ayat2nya sanagt mengetar didalam hati, ketenangannya membawa jiwa melayang menjadi ringan seperti tak ada masalah ditanggung oleh jiwa yg. selalu dipenuhi pergolakan dan tanda tanya.  Sesungguhnya surah ini sangat menenangkan..

Tak perlu muzik dunia, memadai selalu mendengar surah2 al quran, jiwa menjadi tenang dan terasa segar.
Mari lah dengar dan  berdikit2 memahaminya. Biarlah mendengarnya perlahan2, dari pada tak nak dengar langsung.  Jom dengar..dan berdoa semoga Allah bukakan pintu hati untuk mencintai Allah dan Al Quran Nya. 





Selamat mendengar, Assalammualaikum.

2 comments:

  1. Salam kak...
    Alhamdulillah saya pernah baca bberapa tafsir ttg surah yusof nie. perlu diperbetulkan apa yg menjadi sedikit dongeng tentang cerita nabi yusof nie. mengikut dongeng nabi yusof akhirnya berkahwin ngan zulaikha kan? sebenarnya yg betul mengikut bbrp tafseer tiada bukti yg mengsahihkan akan nabi yusof berkahwin ngan zuklaikha..nabi yusof seorang yg mulia tentulah utk yg mulia jg, bkan utk seorng wanita yg curang dan penggoda spt zulaikha wpun dia bertaubat slps itu...juga didalam bible pun tiada bukti yg mrk berkahwin akhirnya..

    ReplyDelete
  2. walaikumsalam dik,
    Memang betul, Ustaz aku pun ada menerang kan Nabi Yusuf tak kahwin dgn Puteri Zulaikah, tak ada diterangkan mereka berkahwin, tetapi ada diceritakan selepas masa berlalu, zulaika Tuhan anugerahkan wajah menjadi wanita cantik dan menjadi muda, lalu nabi Yusuf pula jadi jatuh hati dengannya, tanpa mengetahui itu ialah Zulaikah yg pernah jatuh cinta dengannya.Cuma Zulaikah sahaja yg.tahu Nabi Yusuf adalah pemudah yg pernah digodanya. Cinta Nabi Yusuf ditolak oleh zulaikah, dan dia mengasingkandiri dan menjadi wanita yg.sentiasa mengingati Allah.

    Dalam kisah ini ada banyak pengajaran dan iktibar, kebanyakannya mengenai luka dalaman yg berkaitan dengan permasalahan jiwa.Fitnah, jatuh cinta, cinta terlarang, cinta tanpa sedar, cinta ditolak, kecintaan ayah kepada anak sampai memudaratkan kesihatan fizikal, kewarasan fikiran semasa bertindak dan banyak lagi. Alhamdulillah.Banyak pengajaran kiasan dalam surah ini..hanya mata hati yg.terbuka akan memahaminya. Terimakasih ummuaidan.

    ReplyDelete