Thursday 31 January 2013

Benih ku semai di lingkaran JaNuaRi

Hari ini khamis 31 januari.
31 Hari berada dalam lingkaran bulan pertama ditahun 2013 ini telah ku isi dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah.  Antaranya melaksanakan tugas pentadbiran dan tugas seorang guru.  Tugas ibu dan tugas isteri.  Banyak yg.mencabar dan banyak juga yg.menarik.
Untuk diri ku sendiri?
Aku ada menyemai benih sayur sayuran jenis buah dan daun.  Tidak ketinggalan memberi perhatian pada pokok2 bunga ros .masih bertahan hidupnya.  Bunga matahari ada beberapa pokok, lavender dan terbaru ini aku seakan terdorong untuk bertanam orkid.  Mungkin kehadiran tahun 2013 ini akan menambah koleksi bunga yang aku akan jatuh hati.

Malam ini malam terakhir aku berada di halaman Januari, justru itu biarlah aku abadikan wajah tumbuh tumbuhan yg.sempat aku usahakan untuk dibawa dan diawasi pembesarannya di sepanjang febuari hingga di penghujung disember nanti.
Inilah bunga kesayanganku, sangat sederhana namun aku sangat menyayangi nya.  Bunga2 ini sedang dalam rawatan pemulihan yg.hampir nyawa2 ikan setelah aku tinggalkan mereka selama 7 minggu saat pergi bercuti 'cuti cuti malaysia' yang lalu.
Bunga Ros sedang berbunga dengan kuntuman yg.agak banyak dan besar2.






kedua dua orkid dibawah ini pemberian makcik yg.bertugas di kantin sekolah.


                                                Pokok mulberi baru berusia 3 hari dengan hari ini.
                                                 Labu venus yg.juga baru berusia 3 hari.
                                                   Peria jantung baru berusia 3 hari.
                                                      Peria pak Bonong@katak hehehe..ku beri nama baru utk.nya
                                                      jagung manis juga berusia 3 hari.

                                                      Labu air berusia 3 hari
                                                      saki baki sawi yg.masih ada.
                                                   Barisan bunga zenia dan sawi yg sedang berbunga.
                                                    bunga marigoal yg.semakin tua.

Pokok bunga matahari menunggu saat utk.berbunga.
                                                   
                                                            Ini pokok betik sekaki jantan, aku tebang pokok nya sebab tak ada buah cuma keluarkan bunga, jiran2 ramai dah ambik bunga tu untuk dibuat sayur. Aku tak pernah cuba.  Aku tebang dan nampaknya ia tumbuh semula mengeluarkan cabang baru, ini untuk membuktikan apa kah cabang pokok jantan akan bertukar menjadi betina dan mengeluarkan buah, kita tunggu hasilnya.  Rasanya saya pernah ceritakan kisah pokok jantan berbuah selepas ditebang dengan pemilik blog 'dedaun alam'
                                                   pudina yang semakin subur.

Esok satu Februari, ada azam baru dihati ku. Ok lah aku mengantuk nak tidur, selamat malam kamu yg.sentiasa ada dalam ingatan mesraku. Assalammualaikum.

16 comments:

  1. Bagus akak dah menyemai semua benih2 tuh .. kalau ditunggu kan masa berjalan..tiada hasil jgk...setidak2nya dalam sebulan dua lagi daptlah mengecapi hasil kan...sawi pun cepat benar membesar yer kak..

    .. penat pg nie cuaca redup..berkebun2 dkt 2 jam tanpa sedar..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih dik, betullah kalau nak berkebun ni, kena banyak anak benih yg.dah disemai, kalau dah ada anak pokok terdesak untuk cepat2 buat batas.Esok sabtu, akak nak buat batas.Berjam2lah ni main tanah..hehehe.

      Delete
  2. meriah bunga-bunga akak.. galak berbunga

    ReplyDelete
    Replies
    1. tinggal jenis ni je dik, banyak dah musnah akibat hujan yg berlebihan dan musuh serangga.Baru nak mula lagi.

      Delete
  3. cantik-cantik semua nya..keembong kan bunga pink purple tu...sy punya baru sejengkal..rasa mcm dh lama tanam....
    sy pun ada niat nk bela orkid...nk baik pulih orkid rumah mak yg terabai

    ReplyDelete
  4. cantikkan..jomlah tanam bunga.Persediaan untuk menyambut hari raya..nanti suasana tambah meriah.

    ReplyDelete
  5. Salam Puteri;

    Lah lagi la kecewa dengan usaha saya bila tengok laman Puteri amat subur; guna baja apa ya? Agaknya buat kompos sendiri kot. Lagi bertambah kecewa saya, tanah laman saya 3/4 ekar, rumput dan daun banyak di bersihkan oleh suami; tetapi dia pergi bakar, dia kata leceh buat kompos...ruginya...terpaksa beli baja kat Tesco...saya rasa tanah kami samada terlebih ph atau terkurang sangat...semua usaha suami tanam pokok sayur sebelum ini tak berjaya...itu lah saya nak cuba pula...dia hanya pandai tanam rumput he he; hari2 dia siram petang2

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam Dr.H,
      terimakasih sudi melawat.Tentang baja, saya guna baja kompos.
      Kompos buat sendiri..tapi yang paling penting campuran tanah.Saya guna tanah + pasir + tanah hitam yg dibeli.Ruangan tempat menanam saja tanahnya diolah sendiri.Contoh kalau untuk tanah ros, satu pasu pasir +satu pasu tanah hitam + satu setengah tanah biasa yg dihalaman rumah dan satu skop tanah kompos, gaul elok2 sampai gembur, barulah bubuh ditapak semaian@tanaman. Saya buat kerja seorang2, takut ada campur tangan husben,atau anak, mereka heret getah paip, habis kena lanyak anak2 pokok semaian, mereka tak nampak hehehe.

      Delete
  6. Puteri; blog Puteri tak ada label, susah nak cari posting lama tentang tajuk2 tertentu; saya rasa saya pernah baca tentang taugeh oleh Puteri, tapi tak jumpa? Kalau boleh buat label la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Posting tentang taugeh ada diblog lama 'dalamlingkaranini blogspot.com'.Ini blog baru buat, blog lama tu banyak masalah, tapi masih boleh vew.Malas nak kemas.

      Hehehe buat label, banyak guna item, line internet tempat saya tak pernah bagus, sangat slow..kalau nak vew apa2 lama tunggu, apa lagi kalau banyak gambar saiz besar2, malas lah.Ok apa pun terimakasih sudi bersama disini dalam lingkaran ini.

      Delete
  7. Alhamdulillah semuanya menjadi. Pada tunas mulberi kelihatan beberapa putik bunga. Tak lama lagi pasti dapat makan buah. Tak sabar nak tengok buah peria jantung versi Sabah. Di sini buahnya tak besar, tapi puas makan, memang enak.
    Labu Venus pun dah mula bercambah. Saya sendiri belum sempat semai. Ruang masih dipenuhi labu fajar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, terimakasih tuan. hehehe gembira tuan datang melawat benih2 semaian tu.Nanti saya kongsikan perkembangan mulbery dan peria jantung tu..insyallah.

      Delete
  8. Cantik bunga!! so colorful! tengok pun ceria!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hello olive.Terimakasih sudi datang. Bunga2 pokok lama, itu saja yg.masih ada.Tak apakan janji ceria.

      Delete
  9. Salam,

    Wa kak puteri,banyaknye semaian akk. Yang bunga2 tu cantik sangat. Bunga ros tu paling suka sekali. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih Ibu Qistina..sudi melawat halaman ini.Cantikkan bunga2 dihalaman rumah, jomlah tanam bunga.

      Delete