Friday 25 January 2013

Biji benih dah ada, jom semai.

Hari ini jumaat 25 januari.Jam 9.00 pagi tadi selamat terima kiriman benih sayur yg dipesan dari blog.tanam sendiri. 
ohh seronok sangat.
aku kongsikan gambar benih yg.aku selamat terima.Banyak jenis..hehehe tengah seronok ni.


Dalam sampul ni ada:

Ada banyak jenis sayur2 daun dari jenis bayam dan salad juga sawi.Terimakasih tuan.
Ini yang saya tak sabar nak tanam, ia perlu segera di tanam, keratan mulberi dan benih labu dari berbagai jenis.
Saya terima benih labu yg.sangat cantik.  Bagai mana agak rupa buahnya. ahh tak sabar mau tengok hasilnya.
Ini benihnya labu venus. Cantik sangat.

Ini lagi berbagai jeni labu yg.tentunya mempunyai perbezaan rupa bentuk dan rasa.
Yang jelas labu2 ni berbeza benihnya dgn benih Venus Fi 822 di atas.

Benih peria jantung dapat tiga butir, peria katak dan satu bungkusan khas untuk semua jenis basil.
Wah wangi sungguh sampul ini semerbak bau selasih yg.hendak ku tanam dihujung halaman hehehe..
Harap2 tak ada musuh tanaman diawal februari ini.

Kepada tuan Iskandar sekeluarga, terimakasih banyak2, cara mengawit dan membungkus benih2 tu, tentunya memakan banyak masa dan tenaga.Terimakasih tuan.

Saya pernah ke CH dan supermarket yg menjual benih2 sayur, satu pek entah berapa butir saja isinya, harganya sekitar rm 3 hingga ke rm6.  Itu pun belum pasti bernasnya.  Justru itu apa yg blog tanam sendiri usahakan, telah banyak membantu dan tidak mensia2kan usaha peminat yg.suka bertanam sayur sendiri.


Ok lah.  Assalammualaikum.Salam ceria.Kepada miming, nii benih sayur ku banyak, miming punya macam mana..

14 comments:

  1. Amboi kak puteri..byknya biji benih...slmt berkebun tau..nnti sya pun nk bli la..dah nk abes beklan dah ni.hehe...tringin jgk nk tanam labu..tp asyik tak mnjadi je pokok2 yag ada buah ni sy tanam...huhu

    ReplyDelete
  2. salam yana, hehehe seronok tengok banyak2.Cepatlah buat pesanan, benih baru cepat tumbuh tu..tak rugi kita menanam terutama sayur2 daun..cepat dapat hasil..kalau tanam apa2 je, jangan lupa baca selawat kepada rasulullah.Insyallah tumbuh.

    ReplyDelete
  3. Salam Kak..
    wah banyak betul benihnya tu..mesti tanam cepat2 sblm expired tu..nanti meriahlah kebun akak dgn 20lebih jenis sayur-sayuran kan...boleh buat pamaeran ker nanti..heheh

    ReplyDelete
  4. walaikumsalam dik,
    hehehe harap2 begitulah hendaknya, doakanlah sayur2ku akan menjadi.

    ReplyDelete
  5. assalam puteri..xrugi berbudi pada tanah ni kan..tp sayang umah knah xdew laman pun untuk berkebun

    ReplyDelete
  6. walaikumsalam Emma,
    betul tu, tak rugi berbudi pd.tanah.Tanamlah sikit2 dalam pasu..kalau sawi dan bayam subur tanam dalam pasu.Tak perlu banyak2, satu pasu 3 pokok cukuplah..buatlah 3 pasu.

    ReplyDelete
  7. kalau di Indonesia Puteri Purnama ini adalah Petani yang berhasil,kerana rajin dan tekun,dalam bercocok tanam hehehe

    ReplyDelete
  8. terimakasih Dede. hehehe alhamdulillah, ia berhasil kerana terlalu minat dengan aktiviti berkebun ini DD. Kalau berjauhan dengan pokok2 yang aku tanam ini, aku akan jadi sangat rindu gitu..
    Terimakasih sudi melawat dan komennya.

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. hai saudara Aghnan Pramudihasan, iya tengah seronok mau tanam sayur sendiri ni.. agar tidak makan sayur terlebih baja.Terimakasih sudi bertandang dan komennya.

      Delete
  10. postingan menarik, insformatif dan penuh wawasan, sangat bermanfaat
    terima kasih sudah berbagi kawan
    salam sukses

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penyuluh Perikanan, salam kawan. Terimakasih sudi melawat dan komennya.
      Catatan biasa2 saja..

      Delete
  11. Replies
    1. hehehe olive, banyakkan. kalau menjadi saya kongsikan benihnya utk.olive k.
      Nak benih apa? saya ada benihbunga ziniea je dan sayur2 labu.
      Terimakasih sudi melawat.

      Delete