Tuesday 29 January 2013

eee Pokok Mulberi ini dah tumbuh. Alhamdulillah.



Saat ini jam 9.00 malam waktu Malaysia Timur, cuaca sangat tenang, malam masih muda.Di langit  ada bulan Rabiul Awal  sedang mengembang penuh 17 hari usianya.Terang benderang halaman rumahku.

Petang tadi 29 januari hari selasa, aku sempat mengambil gambar benih2 semaian yg.telah ku terima pd.25 januari hari jumaat,  lima hari yg.lalu.  Hari ahad 27 januari, aku semaikan ditapak semaian yg.telah aku sediakan lebih awal.  Alhamdulillah nampaknya berjalan dengan baik.

Jom tengok gambar.
Ini keratan mulberi. Dah tumbuh mata tunasnya.Baru berusia 2 hari.





      Ini benih jagung manis.
Terpaksa semai dalam beg semaian, sebab belum pasti tapak yg.sesuai untuk nya.  Ia juga baru berusia 2 hari. Ada 6 butir semuanya dan kesemuanya tumbuh.  Peria jantung dan labu venus juga sedang bercamba dgn.jayanya.

                                                                               Ini bunga mata hari yg.hidup tanpa masalah buat seketika ini, harap2 ia akan berbunga dan ceria.
Ini semaian benih bunga mata hari baka op.  Semaian ini nampak tak sihat, ada anak siput mengintainya atau semut.  Persediaan bunga untuk hari raya agar lebih meriah seperti tahun lalu.
                                                                      


Ini kembang bunga mata hari yg.teruk dilanda hujan, nampaknya ia bertahan.  Alhamdulillah tidaklah aku kehilangannya terus.

Agak2nya pokok ini ada harapan tak untuk hidup?
Aku biarkan ia terus begini.Pokok ini ada kisah semasa berkunjung ke Tapak Warisan Pertanian Putera Jaya.  Nanti cerita kisahnya, bila pokok ini selamat.  Yang kerdil terpinggir tu, pokok alovera, ambik dari pasu adik ipar.Kalau ia hidup baru pindahkan dipasunya sendiri.Tunggulah.
Ini rosmary yg.sempat aku beli masa berkunjung ke CH, asalnya pokok ni rimbun dan besar, tapi entahlah.. nampak gaya ia sedang berjuang untuk menyesuaikan diri dg.cuaca di daerah ku.
Ini pokok lavender, jenis luar negara, masa beli di CH ia sangat subur dan sedang mengeluarkan putik bunga, tapi hari ini beginilah keadaannya.Dah jadi 'dembula'@ aruah.Tak apalah ku relakan kepergiannya meski ada sayang dihatiku.
                                              Ini pula pokok rosalia, aku dapat masa singgah di tandas hentian petronas menuju ke utara tak ingat tempatnya, cantik dan kemas sangat suasana bilik air tempat tu, ada kakak sedang bersihkan cermin lalu aku minta anak pokok ni, masa minta pokok ni, ia cuma sebesar pencuci  putik kapas, daunnya cuma ada 2 helai sebesar duit 5 sen.  Hari ini dia sudah sebesar ini..hehehe bunga kenangan.Kalau ia hidup akan ku jadikan hiasan meja dipejabatku.
Ini pokok kari, boleh hidup tak lagi pokok ni?..tak apalah akan ku jaga sehingga ke saat akhir hayatnya.Ada kenanganku bersama pokok kari ini.Semoga ia hidup.  Tolong doakan.
                                                       
        
Ini pokok2 orkid yg.ku beli semasa berkunjung ke Padang Besar.
Aku tak pernah berminat untuk menanam orkid, tapi sejak selalu nampak bunga orkid yg cantik di blog 'tangan panas panas sejuk' dan sedikit dorongan dan pandangan dari nya, ku cuba beli orkid ini,  harganya murah, 3 pokok rm 8.00.
Betul ke cara aku tanam ni ? benar2 tak ada idea.



Dibawah ini dua jenis  orkid pemberian abang Daud suami kakak siti yang tersayang.
Aku tak tahu bunganya macam mana, aku tanam pokok ni guna tanah bercampur pecahan batu bata.  Aku tak ada idea langsung, main tanam ikut logik.
Kedua dua pokok orkid ini nampak hidup,aku tak tahu akar2 tu nak kemana, banyak akar baru berserabut.  Pokoknya nampak memanjang, akar2nya juga memanjang.  Sesiapa yang ada info, tentang cara sesuai untuk orkid ini harap sudi memberi saranan.Terimakasih.


Ok lah sekadar catatan dan perkongsian gambar kenangan, bahawa aku per nah berusaha menanam tumbuh tumbuhan ini dari segala jenis yg.berbeza..
Assalammualaikum.








9 comments:

  1. Salam Kak..
    Banyak betul semaian baru yer ..meriah nanti..jagung tuh eloknya akak semai terus jer dlm lubang permanent baru pokok lebih kuat..
    tak sabar ni nak tengok prkid akak berbunga2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam dik,
      terimakasih dik. akak rajin menyemai masalahnya ruang dan masa tak ada..orkid tu bolehlah jaga terus sebab dalam pasu, mulberi dan pokok2 labu dan peria tu tak tahu nak tanam ruang yg mana lagi, takut panjat pokok limau pula..atau atap rumah hehehe..big boss jadi mangsa panjat tinggi2 kutip buah.

      Delete
  2. Postingannya bagus,
    memang hidup ini harus di isi dengan kesibukan. apalagi menanam tanaman seperti bunga dan lainnya, setiap pagi disiram, maka hati bahagia, dan juga amalan jariah yg baik
    thamk sudah sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih penyuluh perikanan.
      setuju sangat, hidup ini harus diisi dengan kesibukan yg.berfaedah.

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. salam kenal dari akak..follow tuan puteri..:)

    ReplyDelete
  5. walaikumsalam dik.Terimakasih sudi kenal.

    ReplyDelete
  6. Akk punya pokok lavender dan pokok kari senasib dengan saya.....dua2 tak menjadi. Tangan saya ni tak cukup sejuk pada derang kut. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin bukan pasal tanganlah, rasanya tanah tak cukup nutrin dan oksigen.Pokok kari tu mati sebab tanah tu jenis terlalu mampat, tanah tu sesuai untuk semaian ros, tapi malas nak olah, main letak je..nah rasa lah padahnya.Lavendar tu, mamang tak sesuai lah dengan cuaca panas.Tak apa kalau jumpa lagi pokok ni, kita beli lagi tanam lagi ye hehehe..

      Delete