Monday 21 January 2013

Penghujung cerita, dihamparkan segala kebenaran.


Hari ini selasa 22 Januari.  Cerita kesibukan memang tidak akan habis selagi dunia berputar dan hidup diteruskan.  Namun dalam kesibukan meneruskan kelangsungan hidup, tetap diri perlu bijak mencari ruang utk.menambah ilmu pengetahuan dan bersosial meski dalam alam maya.  Saat ini ada ruang utk.meneroka alam maya..lalu terjumpalah gambar ini dalam satu petikan berita.

Negara cina yg.terkenal dengan cerita lagenda naga sehingga banyak hasil2 lukisan mereka yg.kelasik berkisar tentang naga , lukisannya cantik.

Kononnya Gunung KINABALU juga mendapat namanya melalui cerita metos suku kaum bajau kota belud.
Saya pernah mendengar cerita ini tersibar dari mulut ke mulu zaman saya kecil2 lagi, nenek bercerita dan saya mendengar.

Menurut cerita itu, zaman dahulu kala ada rombongan pedagang cina sampai ke negeri sabah. Bersama mereka ada puteri raja cina yg.telah dipaksa berkahwin dgn.putera raja di negara asalnya. Puteri tidak mencintai putera itu.  Puteri mencintai seorang saudagar cina.Mereka melarikan diri ke kepulauan melayu,. Semasa dalam pelayaran, mereka diserang oleh seekor naga, dalam perlawanan sang naga menyembur  api kepada rombongan saudagar tersebut.

Kononnya apa bila naga menyemburkan apinya berkali2, semburan yg terakhir berupa bebola api, dan itu adalah apinya yg.terakhir.  Semasa naga menyemburkan bebola api, sang puteri telah menyambutnya dengan sebuah pasu tembikar  berwarna putih  lalu menutupnya.  Naga yg.kehabisan api pertahanan telah dikalahkan oleh angkatan saudagar yg.gagah berani, namun malangnya suami puteri tersebut telah terbunuh lalu mayatnya dicampakkan disebuah lautan yg.belum bernama.
 Agaknya adakah kemungkinan "laut cina selatan" mendapat nama dari peristiwa ini?.

Rombongan puteri meneruskan perjalanan mencari tempat perlindungan dan memilih kaki gunung yg.paling tinggi di tanah besar sabah dan jauh dari laut , kerana bimbang naga betina akan datang mencari mereka.
Puteri memilih gunung kinabalu.  Masa itu  gunung tersebut belum ada nama.
Dalam bahasa bajau kota belud, orang cina dinamakan 'jomo kina' maksudnya 'orang cina'.
'Balu' bermaksud ' isteri yang kematian suami'.

Puteri dibantu oleh pengikut nya yg masih selamat, meneruskan kelangsungan hidup menjalankan aktiviti pertanian, menanam sayur2 dan berhubung dgn masyarakat tempatan, mengadakan aktiviti berjual beli.
Terutama perniagaan garam, peralatan menjahit seperti jarum tangan dan benang.

Akhirnya tempat itu berkembang dan orang ramai selalu bertanya dan bercerita di mana tempat membeli peralatan jarum dan sayur seperti  kubis, kailan, sawi, ketika itu jenis sayur begini orang tempatan belum mengetahuinya. Mereka akan menjawap macam ni ayat nya dalam bahasa bajau Kota Belud "mu tak kadai dendo kina, ai balu no ei' maksudnya "disana,di kedai perempuan cina..yang dah balu itu!"
Selalu disebut tentang 'dendo kina balu' akhirnya tempat kediaman puteri cina yang dah menjadi balu itu pun, menjadi popular dan akhirnya gunung itu mendapat namanya dalam bahasa bajau kota belud, iaitu'Belud Kina balu ' dalam bahasa bajau "belud' bermaksud bukit @ gunung. 
Gunung ini dari jendela rumah ku, kelihatan sangat indah dan jelas.

Kisah puteri berjaya menangkap bebola api naga yg sempat  di simpan dalam pasu seramik berwarnah putih, Puteri Cina itu telah menyembunyikannya dikemuncak gunung Kinabalu, konon cerita dia lah perempuan pertama yg.berjaya mendaki gunung ini.

 Hanya dia yg.tahu dimana bebola api itu yg dah sejuk bertukar menjadi 'gemala' naga atau batu geliga naga tersimpan.
Dikatakan 'gemala' itu akan mengeluarkan cahaya merah yg.sangat panas andainya 'pasu tembikar putih' itu pecah disuatu hari nanti.

Menurut suatu kajian, gunung kinabalu adalah salah satu gunung berapi aktif yg.belum matang.
Di kaki kinabalu iaitu di kampung Poring, Ranau ada mata air panas, dan telah diusahakan oleh kerajaan sebagai tempat mandi manda dan rekreasi pelancungan.

Kebenaran akan terhampar di penghujung cerita dunia ini.
Kalau ini keturunan 'naga', ia seakan mengiakan cerita nenek.



Ok lah sekadar mengimbau semula cerita2 yg.ditinggalkan nenek ditelinga ini..aku suratkannya hari ini, andai suatu hari akan ada orang yg.terbaca dan membukukannya.   sumber cerita aku lah.
assalammualaikum.

9 comments:

  1. cerita yg sangat menarik! :) sy sukalah baca cerita2 rakyat (teringat mase kecik, ayah pon selalu cerita kisah2 dulu kala hehe..)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terimakasih kerana suka kannya.Ada masa eithusa pun tulislah cerita yg ayah pernah perdengarkan, mesti ada cerita yg.pelik2dan bestkan.

      Delete
    2. sama2.. Insyallah.. byk cerita yg ayah ceritakan pelik2 dan mistik2 sikit tp sy xpandai nk olah ceritanya.. :( tak ada bakat dalam penulisan (tp masa sekolah dulu selalu buat esei terlebih panjang.. hehe..)

      Delete
  2. yg gambo tu naga ker? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe entah lah Rose, tapi kalau ikut bentuk naga dalam lukisan yg digambarkan oleh pelukis cina, haiwan ini menyerupainya cuma ia telah menjadi terlalu kecil.

      Delete
  3. Mcm penglipura pulak akak nie...kalau puteri tuh orng pertama mndaki gunung tuh mmglah gagahlah pompuan tuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha sekali sekala kongsikan cerita penglipurlara.
      hemm, kalau ikut cerita sejarah cina lama,perempuan cina menguasai bidang kungfu yg.paling handal..termasuklah cerita anak perempuan pembuat loceng besar dan tukang besi zaman dinasti tang dan ming.Hehehe seronok buka kitab lama2. Ok dik, kalau akak cerita sejarah ni,boleh layan berhari2.

      Delete
  4. mama mmg rajin cerita.

    -ayu-

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq.cerita itu utk mu jua, agar aku sentiasa ada disisimu menemanimu kerana dirimu sentiasa dalam doaku.I miss u.

      Delete