Hari ini hari sabtu 23 mac 2013.cuti sekolah selama seminggu bermula. Meski pun dikatakan cuti, tapi ada banyak kerja sekolah yg.perlu disiapkan, periksa kertas ujian, key in markah, buat headcount, program sekolah..macam2lah..oleh itu yg cuti adalah anak murid, cikgu2 tetap berkumpul disekolah selagi tugas tak siap.
Apa pun hobi berkebun tetap diteruskan walau seminit dua..tak kira panas atau hujan..siang atau malam..hati meronta ronta kalau tak meluangkan masa bersama pokok pokok semaian dikalangan bunga mahu pun sayur.
aktiviti pagi ini nak mengalihkan keluarga herba ke tapak yg.dikenal pasti sesuai untuk herba2 ini.
Jom berkenalan dengan keluarga herba
'Basil'
Semua benih herba ini boleh dipesan dari tuan Iskandar blog Tanam sendiri.com
'Tuan Is' selasi ini sudah tumbuh dan berbunga.Terimakasih banyak2.
Ini herba
selasi atau Thai basil..batang merah daun macam kemangi, tapi lebih halus dan baunya lembut.

Ini herba
Tulasi atau
holy Basil, batang merah berbulu halus, urat2 daun juga berwarna merah

Ini
sweet Basil, bau nya sangat wangi dan lembut, ini boleh buat ulam makan mentah macam pudina, saya firsttime makan masa di CH, lepas tu teringin nak makan nya lagi, di daerah ku herba ini tidak ada ditanam atau dijual, tak ramai yg.mengenalinya.
Yang ini
herba kemangi atau Lemon basil.Batang hijau daun halus berbanding dengan herba lain diatas, baunya sangat kuat dan sedap dicampur dalam ikan masak singgang. Kemangi dalam bahasa tempatan bajau kota belud, ialah 'bawing' ini banyak dijual.
Ini herba
Basil Horapha @ Liquorice..batang hijau, daun lebih lebar dari kemangi, silap pandang benar2 kelihatan seperti kemangi, tetapi mempunyai perbezaan bau yang ketara.Kemangi baunya lebih kuat.
Perbandingan
Basil Horapha dengan kemangi.Maaflah gambar tak terang.
5 jenis basil ini, saya hanya kenal kemangi untuk dicampur dalam kuah ikan atau sayur rebus air atau masak lemak, dan sweet Basil untuk buat ulam. Yang 3 jenis lagi saya tak pasti sepenuhnya, yg mana Tuan Is keringkan untuk dibuat teh.Dulu saya ingatkan sweet basil itulah selasih, sebab itu sangat memuja selasih..sebab sweet basil tu, lebih sedap dari ulam raja atau mana2 ulam daun yg pernah saya rasa. Saya dah tanam herba keluarga basil, rakan rakan bila lagi?..jom nyanyi lagu selasih kusayang.
Ok salam ceria dan mesra selalu. Assalammualaikum.