Wednesday 1 May 2013

Rindunya hati ini

Hari ini satu mei 2013.Awal pagi cuaca mendung. Jam dua,  hujan turun terlalu lebat sehingga jam lima petang.
Cuaca ini sangat mempengaruhi emosi rinduku.  Terlalu banyak rindu dihati ku berbaur menjadi bisikan resah yg.merimaskan.  Benar benar aku rindu. Rindu mereka yg.tiada disisi.
Teringat Ir junior. Sudah 7 minggu berlalu,Ir junior bertugas di ditempat ini, dia telah mengirimkan gambar2 tempat dia bertugas. 

Melihat gambar2 ini, seperti alam mengerti emosi sayang dan rinduku, sayang dan rindu ini terlukis dipersekitaran mengiringi langkah cikgu muda harapan nusa dan bangsa.  Dalam senyap aku merestui langkah kakinya dengan berserah diri kepada Allah.'semoga selamat walau dimana jua berada'

Ku kongsikan gambar tempat Ir junior bertugas.  Semoga menjadi renungan bersama, betapa kita masih terlalu bertuah bila dibanding dengan keadaan mereka yg terpencil di daerah ini.

Jom tengok gambar.

                                          pengangkutan menggunakan bot tidak terelak di negeri sarawak.




sungai  rajang yang menyimpan pelbagai peristiwa, tentunya yg.ngeri. Ada musimnya batang2 kayu balak hanyut dan menghalang laluan bot pengangkutan.
Sungai nampat cetek, tapi kalau cetek bagai mana kapal kargo sebesar itu boleh belayarkan.  Inilah kehebatan sungai sarawak.

Kejauhan kelihatan perkampungan sungai kut, Dalat, didalamnya ada sebuah sekolah tempat Ir junior bertugas.

Jeti sungai kut, nampak nyaman tempat ini.

Inilah sekolah itu, meski terpencil dipendalaman, namun ia tetap memperlihatkan ciri sebuah gedung ilmu.Dengan pakaian seragam itu mereka tetap riang gembira dan kelihatan tak ada apa2 yg kurang.

Inilah keadaan sebenar tempat Ir junior bertugas, bila air sungai naik, persekitaran akan dipenuhi air.

Ir junior mula menyesuaikan diri dengan persekitaran nampaknya..mentari bercahaya emas.

agaknya inilah padang sekolah itu, yg setiap kali jam 11 pagi akan ditengelami air sungai sehingga jam 3 petang.Rumputlah yg.gembira setiap kali dibersihkan banjir. Hijau.

Anak2 desa yg sentiasa gembira dan tetap lah dengan semangat belajar setanding murid bandar.
                                               Di mana mana pun anak2  tetap menceriakan dunia.

Adakah ini bulan atau pun mentari petang, yg jelas ia lukisan alam semula jadi.Terlalu indah.

Langit menebarkan cahaya merah keemasan.Cantik sekali.
                                         warna emas yang cantik..membuat hati bertambah rindu.
                             Tentulah ini rumah guru.Semoga Ir junior tabah melalui kehidupan yang penuh cabaran. 
Ok lah catatan rindu yg.tak berhujung.Assalammualaikum.


11 comments:

  1. wahhh... rindu abg ipan.. =*)
    ni kali la...

    ReplyDelete
  2. semangat seorang pendidik...walau di mana diletakkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. gitulah nampaknya, tapi bayangkan kalau guru2 perempuan dan baru posting, ibubapa pula tak antar, bagaimana dia bawa diri, na kalau biasa hidup dikota yg serba serbi mudah hehehe..barulah tau, apa tu perjuangan hidup.

      Delete
  3. walaupun payah bagi sy yg hidup dlm serba mudah ni..tapi sy nampak ketenangan dan damai di sana...udara tentu sgt segar..bertuah Ir Junior dapat peluang menjadi pendidik di sana...:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. udara desa yg.bersih.Penduduk pula tak ramai.Menurut Ir junior, udang gala 10 ringgit 3 kilo, boleh campur2 sepit biru dan yg.jenis banyak telur.

      Delete
  4. salam kak..
    bisa menjadi pengalaman yg paling indah dlm hidup ir junior berada ditempat cam nie..penuh pengalaman dan kehidupan..ade kedamaian, penghidupan dan pengharap di desa itu kak..syabas utk IR.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam dik.
      Betul.Semuanya menjadi pengalaman dalam memantapkan diri mengharungi dunia kedewasaan.Terimakasih.

      Delete
  5. hm.. Lynn masih ingat, usia 20tahun, dah berada di nun di angkasa.. with SIA. First assignment ke Arab Saudi, punyalah gelabah...Bila di tempat asing, tiba2 rindu pd mak, abah. Kalau blh hari2 nak call..bila nak mkn mesti teringat. Masuk 3 tahun, x tahan, balik Subang, sambung belajar. SIA tinggal kenangan...Lepas ni 2 anak dara Lynn pulak yg akan pergi..dah berangan nak study oversea..tinggallah Lynn dan Rizal, bila dah berdua mulalah cari jln nak bergaduh jer..

    ReplyDelete
  6. hehehe cari jalan nak gaduh tu yg.mahal Lynn.Hemm jauhnya perjalanan hidup Lynn dan bertuah sempat belajar diluar negara apatah lagi sempat menyertai SIA..wow.Teruslah berusaha mencapai segala yg.dirancang.

    ReplyDelete
  7. indah sekolah ni..sejuk mata memandang, tenang hati menghayati..^_^

    ReplyDelete