Sunday 9 June 2013

Hari esok yg.penuh pengharapan.

9 jun hari ahad cuti akhir untuk sesi persekolahan penggal ini.Esok hari isnin 10 jun bermula hari persekolahan penggal ke2.Semoga semuanya berjalan lancar seperti yg.telah dirancangkan dan semua guru, pelajar dan murid akan hadir ke sekolah dengan penuh semangat dan minat.

Sepanjang siang tadi 9 jun, aku sibuk mengemaskini  bibit pokok kelapa dan pokok mangga yg hendak ditanam didua kawasan tanah yg.berbeza yg.sedang dalam perancangan aku sekarang ini.
Tak mula lagi projek bertanam tanaman tetapi sudah terasa bahang penatnya.

Ini kawasan tanah pantai yg.aku terlibat mengusahakannya.
belum siap pagar, tetapi tanah sudah siap digembur tinggal bersedia untuk dibuat batas.
Kalau dah siap pagar, aku nak tanam ubi keledek dan kacang tanah di kawasan ini.  Tanah ini sangat subur dan sesuai untuk jenis ubi, labu manis , tembikai dan kacang tanah.
Bibit kelapa mawar dan kelapa pandan yg.hendak di tanam di tanah pantai.
              Masih tak cukup bibit kelapa ini, terpaksa campur dengan kelapa biasa yg,jenis pokok tinggi.
      Bibit pokok rambutan jenis laici dan yg.tak ada biji, bibit ini aku beli dinusery pertanian Daerah Tuaran.

   Bibit pokok mangga jenis taiwan dan manila, bibit ini aku juga  beli dinusery pertanian Daerah Tuaran.
                                     lemon dah berbuah, tapi tak sempat nak tanam, pokok ni dah 2 bulan aku simpan.
                                Ini limau nipis juga sudah berbuah, mungkin nak tanam minggu hadapan.
Ok lah..kerja semakin banyak, semuanya mesti diselesaikan dengan tenang dan sabar. Hari2 esok ku menjadi lebih mencabar dan penuh pengharapan, semoga Allah merestui usahaku ini. Assalammualaikum.

13 comments:

  1. Oi Puteri, ini menanam cara besar-besaran. Tapi tengok pada semangat pokok yang dah berbuah sebelum ditanam tu, nampak pada gayanya tentu menjadi kebun Puteri nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Dr.H.
      amin. pokok2 yg.saya beli selalunya, kalau belum tanam ditanah dia akan berbuah, kalau dah alih, buah akan luruh dan mengambil masa lama utk.lihat buahnya keluar balik.

      Delete
  2. Jelesnya tgk projek pertanian akak nie..dgn tanah yg begitu luas boleh buat tanaman utk komersial dan juga selit2 ngan pokok2 yg tuan kebun boleh buat makan..selamat berjaya kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih dik.
      Dalam perancangan tanah yg.ini memang nak tanam kelapa pandan dan kelapa mawar.Ruang tengah nak tanam sayur dan buah2an.

      Delete
  3. salam kak puteri..menarik pulak dengan pokok rambutan jenis laici yang takde biji tu...tak pernah jumpa lagi buah mcm tu kat kedai

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam Nadia,
      Rambutan zaman sekarang ini macam2 nama dan rasa.

      Delete
  4. aku tanam pokok lemon... dah besar batangnya tapi belum mahu berbuah.... kenapalah agaknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bubuhlah baja buah, 2 minggu sekali.Insya Allah akan berbuah. Terimakasih.

      Delete
  5. Salam Puteri,

    Mak Aji punya pokok asam limau nipis dah memang besar, rupa bayang buahnya yg xde. Puteri punya kecik je dah siap berbuah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam Mak Aji.
      hehehe..saya pun pelik pokok Limau tu, letak dan biar gitu
      pun hidup dan sempat berbuah

      Delete
  6. hohoho banyaknya pokok, bestnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe memang bestkan, tapi penatnya setengah mati.

      Delete
  7. saya tertarik pada pokok lemon tu

    ReplyDelete