Wednesday 12 June 2013

Alhamdulillah, inilah persekitaran hidupku

Hari ini hari rabu 12 jun. Sudah 3 hari berada dipenggal kedua persekolahan, dah 3 hari aku berpuasa sunat bulan syaban.  Tidak terasa masa berlalu. Hari hari tetaplah sibuk, banyaknya kerja dihadapan yg.menunggu.
                       
Namun bila bangun dari tidur, bila aku buka tingkap bilik tidurku..ada benda yg.tak berubah.
Dia terpacak gagah dengan rekabentuknya yang sangat besar menjadi tanda diantara kekuasaan Allah.  Hari2 aku menatap wajahnya meski dari jauh.
Dialah "gunung kinabalu" yg.selaluku perhatikan.Ada memori bersama gunung ini.


Keluar keperkarangan rumah ada bunga sripagi yg.menghiasi pokok mawarku yg.telah kehabisan bunga.  Mereka saling menyokong diantara satu, agar aku tidak sunyi barangkali.
Lihatlah pokoknya pokok ros, tapi bunganya bunga seripagi.Ada titisan air embun bergenang didedaun ros yg.hijau. Menyejukkan mata, hijau kombinasi biru unggu.
                                           Zinnia tetap tersenyum lama, selalu menyapaku dalam bahasa senyap yang kami saling mengerti.Aku tersenyum sendiri.  Ada rakan nak benih zinnia putih ini, lambat lagi nak matang, sebab itu tak dapat nak kirim lagi...sabarlah ya.

                                             

Di bawah tingkap bilik tidur, pokok bunga ini dah tinggi melangit nak kejar tingkap tidurku ditingkat atas agaknya..ini satu kerja juga nak mencantasnya.
                                         warna kuning menceriakanlagi warna2 dipersekitaran kediamanku.
        Bunga telang jenis kelopak berlapis.Benih ku terima kiriman rakan blog 'tangan panas panas sejuk.com'
Bunga matahari yg.tidak berapa menjadi, akibat suhu yg.berubah2, siang panas berbahang, petang hujan lebat mencura, dan belalang pun berpesta menjadikan kelopang bunga matahari ku ini, diantara ulam yg.tersedap dilidah sang belalang.
beginilah kehidupan yg.membuatkan hari2 hidupku dipenuhi kesesakan aktiviti.10 jam tugas rasmi disekolah, bakinya aku agihkan dengan pengurusan dalam rumah dan luar rumah iaitu menjaga kesejahteraan isi rumah@anak dan suami, luar rumah pokok2 bunga dan sayur sayuran dan sedikit pokok2 buah yg.belum berbuah.

Aku selalu bayang kan kalau aku tak ada aktiviti selepas 10 jam tugas rasmi, apa aku buat kan..tentulah semuanya akan sangat membosankan.  Alhamdulillah, esok nak puasa lagi, puasa sunat hari khamis dalam syaban.  Jom puasa.
Ok lah salam ceria dan assalammualaikum.

14 comments:

  1. Salam Puteri,

    Bestnya buka tingkap nampak Kinabalu! Mak Aji pernah sekali je pergi menghampiri tp nasib x baik x nampak sepenuhnya kemuncak sebab cuaca kurang baik, berkabus! Entah bila ada rezeki ke sana lagi. Cuaca sejuk padanlah pokok segar-bugar! Nyaman!

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam Mak Aji.
      hehehe..daerah kampung saya terletak jauh dari gunung ini.Kita lebih dekat dengan pantai..cuaca panas suhu air laut.Gunung tu sangat besar, sebab tu boleh nampak seluruh badannya. Kalau dekat dengan dia, tak boleh tengok bentuk binaannya.Kalau nampak pun kemuncaknya saja..jarang boleh tengok sebab kabus yg.tebal.

      Delete
  2. Mesti udaranya nyaman ye, teringin nak dapat suasana rumah macam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Udaranya sama aje dgn.suasana dikampung2 di semenanjung. Mungkin tempat saya lebih panas.suhu laut cina selatan.Sabah cuaca lebih panas dari pahang.

      Delete
  3. cantik-cantiknya bunga akak

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe Ros,jom tanam bunga2..sambil nyanyi2.

      Delete
  4. Alhamdulillah... segalanya berjalan lancar..Sejuk mata memandang gunung itu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah k Mar, setakat ini semua berjalan lancar berkat doa insan2 disekeliling kita.Marilah kita saling berdoa untuk semua kawan2,sahabat dan keluarga khususnya Malaysia yg.tercinta.Terimakasih Mar.

      Delete
  5. Bestnya duduk dikawasan pergunungan..nyaman dan tenang matamemandang..
    zinnia tuh nampak lagi cantik tuh..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha Ummi, tak duduk dikawasan gunung lah.Jauhh.Kita dekat pantai, cuaca sentiasa panas terik..cuma hujan banyak membantu.

      Delete
  6. AS SALAM...MEMBALAS ZIARAH...LAMA TAK SINGGAH SINI...WAH! SERONOKNYA HIDUP BERSAMA BUNGA-BUNGAAN ASLI ITU...BAHAGIA HIDUP KAN SEBAHAGIA BUNGA-BUNGA TU YANG SUBUR DAN SENTIASA MEKAR...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam nor laila.
      Semoga sihat sejahtera ya.Terimakasih sudi melawat.
      Alhamdulillah, beginilah seadanya.

      Delete
  7. Assalamu'alaikum cikgu puteri,

    Indah sungguh laman rumah cikgu kerana ada pelbagai penyerinya. Isteri saya pun puji masa tgk blog cikgu sebelum ni.

    Saya pun blh tgk gunung dari rumah kat sini tapi gunungnya tak setinggi Gunung Kinabalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam Adry.
      Terimakasih melawat.Hehehe..alhamdulillah.sampaikan salam pd.isteri Adry, terimakasih sudi melawat kita,salam persahabatan.Jom tanam bunga.

      Delete