Friday 7 June 2013

Mulberry dah berusia 5 bulan.Mana buah nya.

25 januari 2013, beberapa bulan yang lalu, aku terima keratan batang pokok mulberry dari blog Tanam Sendiri.com bersama benih sayur yg.lain.Sebaik menerimanya, aku semaikan terus agar boleh hidup dan boleh mendapat hasilnya.

Jom tengok perkembangan mulberry ini.
keratan mulberry masih dalam bungkusan plastik saat diterima


semai dalam plastik semaian ini.

 Sehari dua nampak cergas pertumbuhannya.
                                                Hanya beberapa hari, apa bila daunnya mekar di ikuti putik2 bunga yg.kemungkinan menjadi buah.
                                                Alihkan dalam pasu bersaiz besar.
                                              Sentiasa dalam penantian.Aku biarkan pokok2 ini duduk tepi tangki air dan rimbunan pokok telang agar tak terlalu panas. Kesibukan membuatkan aku terlupa perkembangan pokok ini.
Hari ini 7 jun, hari jumaat, baru ada masa memeriksa pokok ini, dia dah setinggi ini, namun buah yg di tunggu, tak juga muncul.Ada 3 pokok yg.menjadi.  Bila saya periksa ada banyak semut hitam yg.jenis laju berlari, selalu menganggu gula yg.di stok.


                                                      Perlu kah pokok ini di cantas supaya banyak dahan dan mengelakkan menjadi terlalu tinggi, atau biarkan tunggu sampai berbuah?..oh tak ada pengalaman ni.
Ok lah, harap ada saranan dari kawan2 yg.lebih arif tentang mulberry ini.  Rasanya putik2 buah yg.sediakala sudah di ambik semut2 hitam yg.berbaris2 meronda pokok ini, entah dah berapa lama semut2 hitam ini memetik manisan bunga pokok mulberry ku ini.

Ok lah salam ceria selalu.Assalammualaikum.

10 comments:

  1. salam kak puteri,
    sy rasa elok dicantas supaya berbuah, bila dah cantas jgn lupa ambil daunnya, sedap direbus dan buat ulam

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam.Terimakasih Rose.
      Ok nak cantas petang ni, insyaAllah.

      Delete
  2. Replies
    1. hehehe terimakasih Dr.H.mungkin inilah puncanya tak bubuh baja buah, asyik tabur baja orginik buat sendiri tu saja. Kena beli baja buah lah nanti.baja kimia kan.

      Delete
  3. Salam kak..
    rsnya yg saya baca kat blog mak aji kena cantas selalu agar cepat berbuah..cubalah.:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam dik.
      Terimakasih, nak buatlah petang ni.

      Delete
  4. Salam Puteri,

    Betul kata Ummuaidan, Mak Aji rasa elok cantas supaya banyak bercabang dan hasilnya banyak buahnya.

    ReplyDelete
  5. mesti tengok cara mulberry berbuah lebat

    http://peruserpaid.com/?ref=76600

    ReplyDelete
  6. Klau tmbuh daun kena letak baja ke...

    ReplyDelete