Thursday, 26 December 2013

Betik Elbino

Hari jumaat 27 Disember , semakin menghampiri penghujung tahun 2013.Tak apa lah yg.berlalu tetaplah akan berlalu. Ini gambar terbaru  betik elbino yg. pernah aku ceritakan mengenai kecintaan ku pada betik yang satu ini.
 Sewaktu aku melihat betik ini tumbuh dan berbuah dihalaman orang, selalu aku berazam untuk memilikinya. Pokoknya sangat rendah sekitar 3 kaki sampai ke pucuk, daun dan buahnya seperti merayap atas tanah, terlalu rendah dan buahnya tidak lah terlalu panjang sekitar 1 kaki panjang.  Istimewanya betik ini daunnya berwarna kuning, buahnya juga berwarna kuning seperti warna kulit pisang emas yg.sudah masak.

Aku minta betik ini terus dari tuan pemiliknya, kebetulan masa itu ada sebiji yg.sedang masak.Aku bertanyakan nama betik ini, katanya 'betik elbino'..hasil pemberiannya benih betik ini aku semai elok2 dan ini lah hasilnya.  Masalahnya kenapa tak jadi 'elbino'?.. rasa hampa sebab tak dapat warna keemasan itu.
Betik yg.ini menjadi hijau dan besar lagi panjang, betik ini belum cukup besar masih terlalu muda.
                                                     Ada sepepok yg.waktu kecilnya daunnya seakan2 menjadi kuning, putik buahnya juga berwarna kuning, tapi bila besar sikit ia gugur, dan ada yg.dah lekat macam dalam gambar dibawah ini, ia bertukar jadi hijau..tak juga jadi elbino.  Tak apalah mungkin belum rezeki memiliki si elbino itu.  Kawan2 kalau ada yg.memiliki benih betik elbino, tolonglah kongsi dengan saya.
                                                  Yang bawah ini betik sekaki masih ada 2 pokok bertahan dan berbuah lebat.
                                           Ini betik sekaki yg.sudah sampai ke tahap harus berlalu. Akhirnya ia jadi begini keran dah lama berbakti membekalkan buah2 yg.enak untuk aku sekeluarga, lama juga ia bertahan.  Dari 5 pokok 3 pokok telah rosak termasuk yg.ini.

                                    Bak kata peribahasa, patah tumbuh, hilang berganti. Nah pokok2 betik sekaki yg.akan berlalu, telah pun digantikan oleh pokok2 betik jenis elbino yg.tak jadi elbino ini..tak pasti lagi rasanya ada kah sama dengan betik 'sekaki' yg.benar2 sedap dan tahan penyakit.

Ok lah sekadar sebuah catatan untuk kenangan dihari mendatang.Assalammualaikum.

12 comments:

  1. assalam Puteri.. belum sampai masa kepada tahap elbino mungkin masa yg menentukan...good luck.. nanti bolehlah dikongsi benih ni ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam Mar.
      Terimakasih , insyaAllah kalau ada akan dikongsikan.
      Betik elbino tu cantik..puas juga cari digoogle nama betik tu tak ada, cari warna betik macam warna kulit pisang masak pun tak ada.

      Delete
  2. salam kak,
    tak menjadi albino ker? agaknya mcm kacukan kan..lps satu keturunan dah jd biasa..betik sekaki jgk menjadi rezki kan...harap2 yg tersedaplah..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam dik.
      hihihi mungkin faktor cuaca kut..tak apa lah suatu hari akan dapat juga betik ni.,insyaAllah.

      Delete
  3. Tak bahayakah kalau makan betik albino?
    Manalah tau tetiba mutasi genetik masuk ke sistem tubuh pula...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tahu lah..mungkin juga, sebab tu Tuhan tak bagi ia tumbuh dihalaman dalam lingkaran ini, meski ia sangat diinginkan hihihi.

      Delete
  4. Assalamualaikum kak puteri,
    InsyaAllah..masa-masa mendatang akan ada yang benar-benar betik albino, mungkin dah terkacuk dengan benih betik biasa, dominannya betik biasa.
    Macam ws juga, mix tapi dominannya ayah, kulit sawo, mata besar tak sepet...hihihi..jangan marah kak puteri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam dik Warna Sari.
      hihihi kulit sawo matang@mangga masak tu lah yg.cantik tu..sebab tu beria sangat nak cari betik ni, betik lain warna hijau masa muda, betik elbino ini, walau masih muda warna kulitnya sawo matang.
      Masti Puteri Warna Sari memiliki sepasang mata yg.bersinar dan memukau, cantik tuu..hahaha jangan marah dik, gurau2 ye..

      Delete
  5. Assalam kak puteri,

    memang nama dia betik albino ya kak? saya google juga betik ni tp mcm tak jumpa. mungkin benih ni sangat susah nk dapat kut. Tapi dari hasil yang akk tunjuk dan cukup bagus di pandangan saya. Kagum. :)

    ReplyDelete
  6. wa'alaikumsalam dik.
    Hemm mungkin betik elbino tu, hanya menjadi di bumi pahang je..akak tanam tak jadi elbino, jadi warna hijau dan panjang.

    ReplyDelete
  7. Boleh dapat benih betik albino ni ke sedara!?

    ReplyDelete
  8. Sy ad gmbr betik ni. Mak sy tanam. Benih dr kawan sy.

    ReplyDelete