Wednesday, 4 December 2013

Bila Tak Bersama..hilang segala upayah.

Hari ini sudah 5 disember 2013, hari khamis. Lima hari berada dilingkaran disember tanpa 'ir' disisi.
Ketiadaannya membuatkan aku hilang upayah. Sudah berminggu cuti berlangsung, aku masih tak dapat memulakan segala aktiviti yg.patut aku selesaikan.

Cuti disember ini aku tak merancang bercuti ke mana mana mahu pun balik menemui 'cik' dibumi Pahang.
Seperti telah ditakdirkan begitu, bayangkan kalau aku balik membawa anak2, dan tahun ini bumi pahang dilanda banjir yang sangat hebat..akan habislah percutian kami dengan merenung air banjir sambil pertanyaan penuh didalam hati, jalan2 raya dah boleh dilalui atau belum.

Maka bekulah kami didalam rumah bersama 'cik' yg.tentunya akan seronok kerana aku dan cucu2 nya berkepit 24 jam disisinya..Aku pun akan jadi terlalu seronok dan tambah mendalam rasa sayang dan cinta ku pada ibu mertua ku ini, sekali gus adalah sahabat baik ku. 

Bila kami lama berkepit dengan 'cik' tetiba cuti berakhir, kami akan berpisah, ada kesan pedih mendalam didalam hatiku kerana meninggalkannya..berminggu2 juga kesan pedih didalam hati ku terpaksa aku tanggung utk.melupakan saat manis bersama'tok cik'.terkadang terdengar2 suara 'tok cik' memanggil namaku.

( kenangan akhir disember 2012. .anak sulung cik 'abang wahab', dan 'cik' yang semakin dimamah usia)

Bila kami tak balik,  'ir' pula balik bersama ' Ir Junior' , bukan lah balik bercuti cuma ingin menyelesaikan beberapa perkara urusan rasmi.

(menyeberangi jalan tanpa jejantas boleh didenda, tapi bersama berdua..tak kesahlah..hihihi..anak2 ikut jejantas tak berani langgar undang2, maka terhasillah gambar ini....benar2 kenangan).
 Ir berada di ibu kota seminggu dua.. terlalu lama rasanya.Ketiadaan Ir, aku tak ada semangat nak berkebun, aku tak ada motivasi nak masak, jauh sekali nak kemas rumah, aku, miming, lia, aida, suhaila dan anakanda Acit, hanya lepak2 diruang tamu menonton TV, dan bergilir2 main game  xbox360 kepunyaan ir junior.  Bila petang hujan lebat tambahlah aku rasakan ketiadaan ir di sisi...

Sewaktu hari persekolahan anak2 yg.tiada bersama, aku sangat rindukan mereka, rindu ayu,mira, acit dan ir junior, bila cuti tiba aku berkepit dengan mira, acit, aida, suhaila dan lia..mereka ada didepan mata, tetapi 'Ir' pulak tak ada bersama..dapat lah aku merasakan perbezaan rindu dan sayang ini.

Kesimpulannya, Hargailah saat bersama, penuhi dengan aktiviti keceriaan dan kasih sayang, kerana ada masa semua benda akan berlalu, hidup ini pasti akan menuju kesunyian dan kesaorangan, lorong itu ada dihadapan, setiap orang yang hidup akan melaluinya..
'ohh sepinya hati tanpa Ir di sisi '



4 comments:

  1. *Tersenyum*..*-*
    betul kak..perbezaan yg jelas dihati bila tanpa anak disisi ngan tanpa teman hidup disisi..bila berjauhan br realise..
    ms abuaidan takder 4 mlm baru2 nie mmg rs camtuhlah..heheh..esoklah berangkat lagi 2 hari semalaman..tak mau bg awak aidan sekali nanti lg sunyi..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. berjauhan dengan pasangan, siang dan malam seperti sama je..suram..sentiasa ada penantian dalam hati kan dik..

      Delete
  2. sweetnyer umi n ayah...hehe..nice...^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hello laling, hihihi..
      dan kenangan itu tercipta menjadi sejarah dan ingatan manis, bahawa kita pernah bersama mencipta satu lingkaran, kamu diantaranya.

      Delete