Sunday, 1 December 2013

Yang Bikin sibuk

Assalammualaikum.
Hari ini 2 Disember, hari isnin yg.sedikit lapang. 2013 akan berlalu.Sepanjang bulan November setiap hari ada saja perkara yang terpaksa di lalui yang membawa kepada aktiviti'bikin sibuk'.
Aktiviti bikin sibuk dicatatkan sebagai kenangan.

Bunga2 di halaman berserta aktiviti berkebun mesti dijaga agar tidak kehilangan benih koleksi yg.disayangi.

29.11.2013 majlis nikah anak saudara.
                                               27.11.2013 hari rabu, menghadiri majlis persandingan Mohd.Fikri anak saudara cikgu Yunus Odis. Cigu Yunus yg.berbaju batik hijau kebiruan mantan cikgu aku semasa aku disekolah rendah. Kelihatan masih muda dan bergaya cikgu aku ni.  Dia tetap kelakar dan mesra.Dia cikgu aku.

Mohd.Fikri sahabat kepada  'Ir Junior' riang diatas pelamin bersama isteri.Semoga pasangan ini hidup bahagia dan selalu  dalam keberkatan Allah.

25.11.2013 anakanda Ema sekeluarga datang bertandang.
Anakanda Ema sahabat kepada  anakanda Ayu. Adat menerima tetamu, pasti ada kesibukan.Best juga lah dapat berkenalan dengan keluarga Ema, ayah dan ibunya sangat peramah dan kelakar.

3.11.2013, kawan2 sekerja anakanda ayu datang dan bermalam dirumah. Mestilah sibukkan, adatnya merai kan tetamu.  Tentulah sibuk.
Dalam kesibukan terasa seronok kerana masa berlalu telah diisi dengan aktiviti menyuburkan hubungan baik sesama insan.  Alhamdulillah dengan izin Allah semuanya berakhir dengan selamat dan kebaikan.

Ok lah sekadar sebuah catatan kenangan betapa sepanjang bulan november, benar2 aku sibuk, semoga kehadiran bulan Disember ini dapatlah aku rehat, nak tidur puas2.
Salam ceria selalu.

10 comments:

  1. salam kak,
    cuti kali nie tiada kunjungan ker semenanjung ker? tahun depan dtg yer inshaallah boleh ketemu ker..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam dik.
      Tahun ini tak balik.. sebab bulan mei hari tu dah balik. .banyak kerja kena siapkan.InsyaAllah mungkin tahun depan dapat balik.

      Delete
  2. biasalah tu.....cuti sekolah nie.....memang sibuk sikit kan....?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul biasalah tu, bila cuti banyak jemputan kawin.Terimakasih Yan sudi menjenguk.

      Delete
  3. Salam Puteri,

    Banyak aktiviti cuti sekolah ni kan terutamanya majlis perkhawinan, ada je undangan setiap hujung minggu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..cuti sekolah musim menaikkan berat badan dan menambah saiz baju hihihi..terimakasih saodah.

      Delete
  4. Permulaan cuti sekolah yang bikin sibuk...musim ini lah nak berjumpa sanak saudara yer kak...kenduri kendara memang sinonim dengan cuti sekolah...selamat beristirehat di bulan disember....bunga-bunga akak tetap menawan hati!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih Nadia.
      hihihi memang cuti sekolah ni banyak benda kena selesaikan..nama je cuti, tapi lebih teruk penggunaan masanya.

      Delete
  5. Akk..sbuk2 pun jgn lupa tgk2 pokok2 lavender yg menawan tu ye..akk pun kalau boleh pm alamat kat emil sya ya..nk bg akk sesuatu..bleh ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak bagi apa tu dik, biskut kura kura yg.comel tu?..hihihi..dah kongsi resipi nya pun dah cukup bagus.Ok..tak apa, jangan susah2 yg.penting tunggu je lah apa yg.sempat akak kongsikan k.

      Delete