10 disember hari selasa yg.tenang. Saat ini jam diangka 8.40 malam. Benar benar rasa sunyi. Menghilangkan kebosanan aku jejalan melihat pelusuk dunia dihujung jari tentunya melalui dunia internet.
Ku layari google image, aku jumpa gambar gambar pemendangan ini. Bukit bukau yg.berwarna warni, seperti kek lapis sarawak. Terlalu indah dan unik. Rupa rupa nya bukit bukau yg.berwarna warni ini terdapat diseluruh pelusuk dunia, ada di Irland, di tabriz iran dan banyak lagi.
Nak dijadikan cerita, aku miming dan Rashid beberapa hari yg.lalu pergi ke pasar raya, membeli keperluan dapur. Di luar beranda pasar raya tersebut ada beberapa orang gadis dan anak muda sedang menjual batu2 permata, ada batu permata utk.cincin dan ada untuk buah kalung. Harga diantara RM 80 hingga 500.
Siap dia uji batu2 permata itu dengan alat pengesan batu ori atau kaca. Banyak batu2 dengan pelbagai nama dan warna, terlalu cantik.
Gadis yg.menjual itu bercerita tentang batu2 bukit yg.terdapat di negara cina. Mereka meneroka bukit bukau tersebut utk.pembangunan dan terjumpa lah batu2 bukit yg.cantik2, lalu dijadikan permata dan buah manik utk.perhiasan.
Aku selalu meragui tentang batu2 permata yg.dijual dikedai perhiasan termasuk batu2 cincin yg.diikat dengan emas atau perak suasa. Selalunya aku anggapkan itu adalah kaca atau plastik yg.diubah bahan kimianya.
Tetapi selepas menemui berita dan gambar tentang kewujudan bukit bukau yg.berwarna warni ini, memang betul lah cerita gadis penjual permata tersebut, bahawa batu2 permata yg.mereka jual itu adalah ori.
Jauh disudut hati aku mengharap akan terjumpa lagi kumpulan gadis2 yg.menjual permata2 ini.
Aku sangat berkenaan buah kalung berwarna merah oren betul betul macam warna bukit di gambar akhir.
colorful mountains - unique rock formations in china.
Alangkah bagusnya suatu hari ada peluang melawat tempat2 ini.
Rakan2 yg.berkemampuan, kalau pergi melancong, pergilah tempat2 ini dan kongsikan gambar dan cerita tentang gambaran sebenar kewujudan perbukitan nan indah ini.
Maha suci Allah yg.maha kaya lagi maha pencipta. warna oren yg.akhir ini kelihatan macam kain yg.dah siap ditenun.
ok lah, terpaku sebentar menyaksikan keindahan alam diluar sana. Assalammualaikum.
Subhanallah merasa takjub ngan kebesaran dan kekuasaan Allah..cantiknya bukit2 nie..
ReplyDeleteTuhanku tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia sahaja,Maha Suci Engkau. Peliharalah kami dariapi neraka.."3-191
Amin. Marilah kita saling ingat-mengingati segala nikmat yg.Allah berikan agar kita termasuk dalam golongan orang yang diberkati Allah dan dipelihara dari azab neraka.
ReplyDeleteCantk sungguh gambar2 yang kak puteri kongsikan ini. Ciptaan ALLAH begitu indah
ReplyDelete