Friday, 13 December 2013

Mawar berbunga lebat.

14.12.13. hari sabtu yg.tenang. Meski Ir belum pulang, ku teruskan hari2 bersama anak2 gadis ku dan anakanda Rashid yg.semuanya 'pemalas' hihihi..maklumlah suasana cuti semua orang nak lepak tempat tidurkan..dan manja manjakan diri menikmati tidur sepuas hati.  Kalau dah musim sekolah, kena bangun jam 5.00 pagi dan balik rumah jam 5 petang..sepanjang siang diluar rumah.  Inilah masanya nak tidur sampai lupa sarapan pagi.  Anak2 zaman sekarang.

Bagi aku, ini saja lah hiburan aku, tak sangka lepak hari2 dengan pokok2 bunga dihalaman , mereka membalasnya dengan mengeluarkan kuntum2 yang aduhai..indahnya.
Inilah kali pertama pokok2 mawar ku berkembang mengeluarkan kuntum2 yg.agak banyak, walau pun beberapa hari yg.lepas aku dah petik banyak untuk buat mandian.

Jom layan gambar.

                                        Jenis mawar ini sangat mudah dijaga dan wangi.Mawar desa.


                                            Matahari ini kumpulan kedua yg.baru mekar, besar2 bunganya..cantik kan.
                                   Setiap kali melihat bunga ini, ada satu nama terlintas dalam hati, iaitu ..hihihi..terimakasih kerana membekalkan benih bunga impian aku ini..aku akan pertahankan selama mungkin benih matahari baka op ini.Ia tahan penyakit.

                                           Aku suka buat background desktop.

                                              sekeliling halaman dihiasi bunga matahari, mudah lagi nak jaga..dan kembangnya sekitar 2 ke 3 minggu lamanya..sehingga bertukar menjadi benih.Berbaloi menanamnya.

                                 Mawar ini juga berbunga lebat meski kuntum2nya kecil, tapi harum semerbak.

   Pink yg.besar ini sangat harum, menurut cerita, ia mawar gurun..sukakan cuaca panas, tambah cuaca panas tambah kuat harumnya.
  Rumpunan mawar ku tanam menghiasi tebing 'kolam hias' ku.  Masih bertahan ikan2 didalamnya meski semangat untuk menjaganya hampir2..layu..bila malam, bangau putih selalu datang mengendap ikan yg.ada.
 Ok lah sekadar satu catatan  dari hati untuk kenangan milik bersama.Assalammualaikum.

9 comments:

  1. seronokkan kak dpt spend time tuk manjakan pokok2 bunga..hasilnya begitu indah..mula2 sy kenal akak dl ngan bunga mataharilah..sampai hari ini...hehe

    ReplyDelete
  2. bunga mata hari menjadi kenangan kau dan aku hihihi

    ReplyDelete
  3. Assalam kak puteri,cantiknye mawar berduri tu. jenis mawar mcm tu wangi dia semerbak kan kak kan?.....akk tanam atas tanah ke? cantiknye....... bunga matahari tu sangat cantik. besar sangat. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam dik.
      Iya tanam terus kat tanah.Memang wangi sangatlah terutama awal pagi. Bunga matahari tu kali ini bunga nya besar dan nampak tebal.Cantik kan.

      Delete
  4. Assalamualaikum kak puteri,
    kalau diberi pilihan antara mawar dan bunga matahari, saya pasti pilih bunga matahari...
    mawar 3 hari dah mula layu, sunflower 3 minggu masih bertahan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam dik Warna sari.
      hahaha pilih bunga matahari ye..kalau akak, nak kedua duanya, kalau layu satu ada satu lagi jadi penghibur hati hihihi..betul tak?..
      Apa pun sibuk ke sekarang, agak dah berkurangan kongsikan catatan di entry.Semoga adik sekeluarga sihat.

      Delete
  5. Byknya bunga ros akk puteri..cntik2..sya suka...bunga matahari pun cntik..besar2 bunganya akk...

    ReplyDelete
  6. geramnya tengok sunflower akak, gebu-gebu! tengok lah tangkai dan daunnya punya lah gemuk. saya tanam dengan tangkainya halus mulus, kejap dah terlentok menahan berat bunga. padahal bunga tak besar mana. apa rahsianya? ;)

    ReplyDelete
  7. betul cakap wani... saya punya bunga matahari pun keding2 .apa cara nak gemukkan pokok ni

    ReplyDelete