Sunday, 8 December 2013

Sirap Roselle- Pernah buat?

9 Disember  hari isnin yang cerah. Melihat pokok roselle dikebun terbiar begitu saja..meski dalam hati  selalu berazam ingin membuat sirap dengan buah yg.cantik ini..
sekian lama baru hari ini berjaya memetik buahnya yg.agak melambak.  Aku tak pernah cerita pokok ini ada dikebun, mungkin kesibukan kerja sehingga aku tak terlayan pokok yg.cantik ini.  Masa petik buah lupa bawa kamera.
Kita layan gambar yg.ada saja lah ya.

Pernah tengok buah roselle?

Inilah bentuk dan warna buahnya.
                                         
                  warna buahnya merah dan cantik.gambar ni cantik buat desktop background .
                                        Buah yg.banyak ni, bersihkan dan asingkan kelopak seperti gambar dibawah ni.
                                      selepas kelopak ditanggalkan ada bijibenih, rupanya ada yg.dah matang.Benih ini dah boleh tanam, tetapi keringkan terlebih dahulu.

Kelopak yg.dah dibersihkan masuk kan dalam periuk, masukkan air dan gula, biarkan mendidih, kacau dan biarkan kelihatan pekat.
                                          Bila dah pekat, tapiskan dan dapatlah sirap roselle yg.pekat untuk stok.
                                        Bancu satu jag ikut banyak mana nak minum, baki yg.pekat simpan dalam peti ais.
                                         Beginilah rupa sirap roselle yg.dah siap.Jag kecil tu sirap pekat belum tambah air.
                                      Sirap dalam jag kaca ni dah bancu, tapi belum campur ais kiub, masih panas suam.
                                    Yang  ini hampas kelopak roselle, yg.dah lembut tapi terasa kenyal..dan manis.  Ada dua kegunaan, satu buat halwa dan yg.ke dua kisar dan kacau sekali lagi dan tambahlah apa2 wangian dan gula, buat jem roselle.  Bagi aku mungkin nak buat jem.

( resepi sirap dan halwa roselle ini aku guna resipi yg.dikongsikan oleh Tuan Iskandar dari blog 'tanam sendiri.com' entry pd.22/7/2012). Tuan Iskandar terimakasih banyak2, benih roselle itu juga saya pesan dari tuan.

Cukuplah untuk aktiviti aku hari ini.  Alhamdulillah.  Salam ceria.

8 comments:

  1. Assalamualaikum kak puteri,
    Dulu masa masih sekolah, arwah ayah ada tanam pokok roselle ni, dan mak selalu juga buat sirap, tapi sekarang pokok dah tak de, mak agak sensitif bila sebut tanaman2 yang arwah ayah suka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam dik.
      Sirap roselle ni memang sedap dan macam rasa rebina.
      Semua yg.pernah ada, apa bila berlalu tetaplah menjadi kenangan dalam memori sendiri sendiri.Tabahkan hati dan bersabarlah.

      Delete
  2. salam kak,
    pernah buat sirap nie..rsnya roselle lg sedap dr sirap biru bunga telang kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam dik.
      iya sedap roselle ini sedap dari sirap telang pd.akak lah.
      Yang kagumnya warna roselle ini..airnya berwarna merah bersih dan semulajadi.

      Delete
  3. Assalammualaikum kak puteri..sungguh besar dan merah2 skli roselle akk..yg sllu sya tgk yg ditanam kt sini..buahnya kecik je..sya x pnh minum air roselle ni kak..nk kna try ni..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam dik.
      sirap roselle sedap dan wangi. Nanti akak kirimkan benihnya sekali k. kalau nak.Tungguu...hihihi.

      Delete
  4. Hi Puteri Purnama, your roselle harvest was a lot! Your roselle look different from mine. Your one bentuknya bulat bulat & hava more green color on the kelopak bunga ya. jarang tengok this type of roselle

    ReplyDelete
  5. eeee...knp tiada time ayu balik.......
    T___T

    -ayu-

    ReplyDelete