Thursday 3 January 2013

Jatuh cinta pada si Elbino bertahun lamanya.

Hari ini 3 januari 2013/hari jumaat yang tenang.
Sekian lama tidak mencatat dalam blog yg.baru dibuka ini. kesibukan menjarakkan kita.
Tak ingin cerita kisah kesibukan.
Sekian lama inginku luahkan kisah hati  'jatuh cinta' ini kepada si 'Elbino'.

Disember 2007, aku melihat dia..hati aku berdebar, perasaan ingin tahu dan memiliki.
Namun dipendamkan cuma berani memuji dia dihadapan suami dan anak2.

2008.Aku tak jumpa dia,,setahun berlalu.Tetap ada kemahuanku utk.mencari serupa dia di daerahku.Namun tak pernah ketemu serupa dia.

Disember 2009..aku sekeluarga bertandang lagi.Aku bertemu lagi dengannya.Aku lihat dia masih begitu, namun agak matang dan bertambah anggun, cantik atau tampan..hehehe.Aduh benar benar aku jatuh cinta padanya.
Aku ingin mendekatinya namun aku rasa malu, kerana dia milik orang.

Disember 2010, aku berkesempatan lagi menemui dia.  Aku perhati dari jauh, dia seolah2 melambai..ingin berkenalan denganku.  Aku ajak 'ir' untuk mendekatinya dan berkenalan, namun 'ir' tak layan permintaanku..malah menunjukkan rasa tidak suka.
Ahh hampa..masa berlalu hasrat untuk berkenalan dan ingin memilikinya aku simpan jauh disudut hati.

2011, aku tak jumpa dia..namun masih dalam angan untuk tetap mencari serupa 'dia'.

2012, awal tahun aku cuba bertanya tuan blog 'tanam sendiri.com  ' tuan iskandar. kalau kalau dia mengenali atau pernah terjumpa 'si Elbino ' ini.Janjinya diakan cuba.

Disember 2012.Dalam percutian yg.panjang.
Aku lalu lagi beberapa kali dihalaman rumahnya yg boleh kelihatan jelas dari jalan raya besar.  Ahh dia ada disitu.  Namun dia kelihatan sudah terlalu dewasa@tua.  Namun tetap anggun, cantik@tampan mempersona.
Hari terakhir sebelum balik ke negeriku, aku beritahu 'ir', aku ingin menemuinya, berkenalan dengannya, dan hasratku untuk memiliki dirinya.

Lepas aku beritahu 'ir', tanpa bersuara 'ir',  belok ke kanan dan masuk parking ke halaman benar2 tempat dia berdiri.  Aku tergamam melihatnya dalam jarak bertentang mata.  Aku nekad ingin membawanya pulang ke negeriku.  Aku beranikan diri memberi salam kepada tuan rumah yg.memiliki hak mutlak terhadap dirinya.


Dengan salam berkali kali, aku laungkan, barulah rumah teres yg.nampak mewah itu terbuka pintunya.
Seorang wanita muncul, nampak tidak peramah, dia seperti tidak menerima tetamu yg tak dikenali, namun aku ulang dan ulang lagi permintaanku.  Akhirnya dia jeritkan memanggil  'abbanggg'...

Akhirnya seorang abang muncul dengan bertongkat, lalu aku nyatakan hajatku. 'ir' duduk dalam kereta.
Aku sehabis peramah yg dapat, semanis wajah yg.mampu, dia pun ikut aku keluar, dia ceritakan sejarah buah ini.  Aku bertanya nama betik ini.
Jawab nya 'Betik Elbino'
Telah ditakdirkan, bila pokok diperiksa,..sebiji buahnya ada yg.masak ranum.
Tuan si Elbino kata 'ini memang rezeki awak cikgu'..ambiklah, dia pun jolok..dan minta 'ir' sambutkannya agar tidak pecah.
Alhamdulillah,, impian ingin memeliki si Elbino ini telah tercapai.  Aku berilah sedekah sebagai tanda kesyukuran, lalu tuan si Elbino beri lagi kepada ku sebiji betik yg.sangat mengkagumkan.. dari jenis yg.berlainan..dia bagi percuma katanya sedekah dan berdoa semoga si Elbino akan subur dan terus hidup dihalaman rumah ku.Amini

Inilah si 'Elbino' yg.membuat aku jatuh cinta dan ku pendamkan bertahun lamanya.
Tinggi pokok saat sarat berbuah cuma 3 kaki dari tanah. .setinggi betik sekaki atau lebih rendah lagi..Warna kulit masa muda warna kulit mangga siam atau kulit pisang masak.  Hari itu tak dapat ambik gambar..tak ada kamera.  Apa pun aku dah dapat benihnya.Alhamdulillah.  Aku nak tanam.




Ok..nanti cerita lain lagi.  Mengenai benih curi hehehe.
Assalammualaikum.


7 comments:

  1. Salam kak..
    aduhai suspen betul cerita nie...ingatkan apa tadi..itulah bila cinta tak diluahkan susah jdnya..nasib baik tak bertepuk sebelah tangan..nanti balik tanamlah yer kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam dik.
      Terimakasih melawat kita.hehehe kisah diatas memang kisah benar.6 tahun dalam penantian.Nanti saya semai benihnya kalau bernas, saya kongsikan pd.ummuaidan ye.Benihnya tak banyak, tapi besar2.

      Delete
  2. Wah blog bersambung. :) Oh ya, Puteri Purnama dah balik ni, bolehlah saya kirim pek yang dijanjikan sebelum cuti dulu. Saya tak sabar nak tunggu Puteri Purnama semai benih peria jantung. Saya hanya dapat 10 biji, bila dipesan yang baru pembekal pun tiada stok. Jadi kita share pek tersebut. Pokok peria jantung yang saya semai dah berbuah. Sekarang ni sebesar ibu jari. Buah yang matang sebesar jantung, khabarnya dengan isi putih dengan rasa pahit-pahit manis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh terimakasih tuan .
      peria jantung tak sabar nak menanamnya.Kirimlah alamat yg dulu, sekolah.Terimakasih banyak banyak.
      Blog bersambung ni gara gara tak reti nak kemas blog asal tu, macam2 masalahnya..kejap boleh kejap tak boleh, pernah saya update blog asal tu, boleh dia kata, blog tu tak wujud.

      Delete
    2. Saya pun pernah kena begitu. Blog kena hack pun pernah. Nasib baik yang kena tu bukan blog tanamsendiri, kalau tidak jenuh juga nak membaiki.

      Delete
  3. nanti bolehla k mar tumpang sekaki...

    ReplyDelete
  4. Insyallah boleh k mar. nanti saya semai dulu, kalau bernas kita kongsi benihnye.

    ReplyDelete