Friday 15 March 2013

Peria jantung dah berbuah

Hari ini jumaat 15 Mac.Sepanjang siang tadi terlalu banyak perkara yang terpaksa diselesaikan dengan kadar segera. 3 hari tak melihat perkembangan peria jantung, petang tadi, bila berpeluang memeriksa perkembangan pokok2 peria itu, ohh alangkah gembiranya, ada terdapat banyak buah yg.baru tumbuh.

Menurut tuan blog 'Tanam Sendiri' tuan Iskanda, buah peria mesti dibungkus, kalau tidak akan terjadi kerosakan pd.buahnya. Insyallah esok hari sabtu 16 mac, aku akan bungkus buah buah peria itu dengan kertas.
Peria jantung dah berbuah.
Ini buah nya, comelkan.  Tak tahu besar mana buah ni nanti selepas matang.

                                        Aku nak bungkus buah ni, nampaknya dah lekat.
Cukuplah untuk kali ini, rindu nak menulis puisi sajak, nantilah bila ada cukup masa.Assalammualaikum
Salam ceria dan salam mesra selalu.

11 comments:

  1. comei2 buahnya, kalau tak silap saya la, peria ni rangupberbanding peria lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. iya menurut tuan pengedar benih Tuan Iskandar, buah peria jantung ni rangup dan tersedap dari jenis peria yg.lain.

      Delete
  2. Puteri, kita kena debungakan atau dia sendiri-sendiri boleh berbuah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. debunga dibuat oleh sikumbang jati doc. hehehe..iya peria tu sendiri yg.buatkan dirinya untuk dptkan buah.Peria ni banyak bunga dan berjenis2 kumbang datang melawat tapi nampak kecik2 je, kebanyakannya nampak macam lebah kelulut warna hitam, sebesar2 lalat rumah,,kecik2.

      Delete
    2. Macam tu boleh buatkan sarang kelulut dan dapatkan hasil..kawan saya ternak kelulut, tapi saya tak minat, walaupun timun jepun saya pun kelulut yang tolong-tolongkan..

      Delete
    3. lebah kelulut ni, bisa tak DR ?

      Delete
    4. tak bisa, dia tak sengat orang, dia suka masuk dalam rambut aje :-)

      Delete
  3. salam kak..best kan dah berbuah..nanti lehlah msk goreng ngan telur...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..tapi peria sedap buat kerabu..atau masak lemak campur udang gala

      Delete
  4. salam kak..
    berbunga2 hati sy tgk peria akak menjadi :)
    sedap ni klu dibuat ulam.. rebus dan makan bersama sambal belacan.. nyum..nyum..

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam dik,
      ya, peria ni banyak khasiat, buat jus untuk kurangkan berat badan pun sesuai.Jom tanam peria.

      Delete