Monday 18 March 2013

ku semai tomato, bayam pula yg.tumbuh

hari ini Isnin 18 mac.

kemarin pagi hari ahad, siap membungkus buah2 peria.  Pagi tadi aku teringin nak semai banyak2 benih sayur bayam.
Pokok bayam mudah tumbuh.Hari itu aku semai benih tomato kiriman 'ummuaidan dari Fiji'

.  Aku semai tomato itu di dalam  besen lama yg tidak digunakan.  aku taburlah benih2 tomato dengan seribu harapan.
selang seminggu nampak banyak benih2 tumbuh, ditunggu semakin hari nampak semakin kemerahan, Bila dah besar, yg.tumbuh itu adalah bayam, sedangkan aku tak ada pun semai bayam di tapak semaian itu..
Agaknya kemana pergi benih tomato tu?...semut kerengga tukar kut dengan benih bayam, alasan benih tomato manis..benih bayam keras..hehehe jom tengok gambar, semai tomato, yang tumbuh bayam.
                                    
                                Kalau diperhati masih ada sebutir dua benih tomato atas tanah hitam ni, pokok halus yg.tumbuh ini, ku sangka benih tomato yg.bercamba.


                    Hari berlalu dia kelihatan macam ni, namun masih was2, sebab tak pernah tanam bayam.

Bila dibiarkan beberapa minggu , hasilnya dah jadi macam ni.Banyak jugalah, harga dua ringgit ni..
                                            besen atau baldi pecah jangan dibuang, bubuh tanah, tabur bayam dan siram hari2..kejap dapat makan sayur bayam.
 Ini benih dari blog tanam sendiri, tabur sedikit diatas tapak semaian sawi ..banyak hasilnya.Jom tanam bayam..
keadaan buah2 peria yg selamat dibungkus. aku guna kertas A4, dan lepas seminggu nanti kita tengok buah dalam bungkusan tu.ee rasa tak sabar.


Ok salam ceria.Assalammualaikum.


9 comments:

  1. wah.. banyaknya buah peria tu.. macam pernah terbaca buah peria jantung tak lebat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. firsttime tanam ni nuda, akak pun tak tahu, kita tunggulah hasilnya, peria jantung cuma 3 pokok, peria katak ada 4 pokok.serentak berbuah.Jomlah tanam peria.

      Delete
    2. Hari tu dah tanam peria biasa. Alhamdulillah dapatlah dalam 6-7 biji. Tak cukup tempat untuk pokok memanjat. Sekarang di situ tanam kacang botor.

      Delete
  2. segar betul bayam tu...sy tengah tunggu benih bayam tu dr en iskandar..tak sabar pulak nak tanam mcm akak...:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe sabarlah kejap lagi sampailah tu..senang tanam bayam dari sawi, tak perlu alih anak pokok.

      Delete
  3. memang gitu, sekali tanama bayam, selama-lamanya dia akan bercambah dengan semaian baru...bayam bayam lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo macam tu ye, agaknya tanah yg saya campurkan dengan tanah hitam tu dah ada benih bayam tersimpan..benar2 saya rasa pelik..semai tomato, bayam yg.tumbuh..tak apalah, lagi best..bayam ni tak berapa merah dan tak juga hijau semuanya.

      Delete
  4. macam mana b0leh bertukar tuh kak..hheheh..yg tomato benihnya mmg lain sgt ngan bayam..apapun rezki bayam kan kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. entahlah tu dik,
      benih tomato kasar dan macam benih cili, bayam lebih halus dari sawi..akak memang semai tomato kiriman ummi hari tu, entah bayam tu dari mana pulak..benih tomato pun tak tumbuh.

      Mungkin lepas tuai bayam tu..gembur tanah tu..dan biarkan mungkin tomato pula yg akan tumbuh.Nanti nak cuba ni.

      Delete