Saturday 9 March 2013

sakit mata, sakit telinga.

Sabtu 9 mac 2013.
Cuaca panas terik ditempat ku ini.  Rasanya dah 4 minggu tak hujan,.semua anak2 pokok yg ditanam, kelihatan tak sihat.  Sakit mata melihat perkembangannya..sekian cara diusahakan agar ia boleh terus bertahan, namun satu persatu pokok menjadi layu, akhirnya mati..

Cuaca yg .panas ini, kesihatan juga agak terjejas, ramai anak murid terkena sakit mata, Lia dan Aida juga nampak tak sihat..aku?..aku sakit telinga. Sakit telinga dengar berita disekeliling. juga memang sakit teling Bukan sakit dalam telinga, sakit dibahagian cuping..terasa sakit, bila raba-raba tak jumpa mana sakitnya..
Rasa cuping telinga tegang.Awal pagi tadi aku minta urut dengan makcik yg.selalu merawat kami sekeluarga, katanya terlalu banyak angin bahagian kepala dan telinga, dia urut bahagian belakang, tengkuk dan kepala, memang lega dan selesa.  Harap2 semuanya bertambah baik.

Kepada Restu, Miming dan Acit, petang2 begini teringat kamu, bunga mata hari itu telah kembang, namun baru sekuntum.

Baru sepokok keluarkan bunga.


          Pokok2 bunga matahari yg disemai, daunnya habis keriting.satu kerja lagi nak merawatnya
       Sawi cina dan kailan nyawa2 ikan..dulu banyak ni, sekarang tinggal banyak ni, harap2 yg tinggal ni hidup, boleh dapat sedikit rasa
                                    Labu manis baka op, tanam 4 poko, 2 pokok sedang sakit.
                           Serai ni nak mati, biarlah dia mati..hari2 juga siram, tapi dia memilih nak  mati.
                                  Lavendar ini juga nak mati.Dia tak tahan panas..pagi petang aku siram, tapi hemm, dia nak mati.Matilah
                                     Ini juga labu venus, sepokok hidup sepokok lagi dah mati..masalahnya aku tak tahu kenapa dia mati..tak ada pun aku guna apa2 racun seranga atau baja kimia, aku guna air untuk siram dan baja kompos tinja kambing yg.ku beli dipasaran.
                                     Marygol ini juga membuat pilihan untuk mati, beberapa minggu yg.lalu ia sangat subur dan indah, namun sekarang..tiba2 mati, agaknya sekarang ni, musim 'mati'
Kucing2 yg 13 ekor dirumah ini juga seekor demi seekor mati, yang hidup nampak tak sihat.  Hai entahlah..tak apalah..'patah tumbuh, hilang berganti'..namun yang mati tetap lah mati, kena semai semula..nantilah tunggu cuaca kembali sejuk..mungkin diawal mei nanti ..cuaca akan berubah sejuk.


Oklah salam sayang.

12 comments:

  1. kucing 13 ekor? banyaknya, mak sy pun suka ternak kucing banyak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak kan kucing tu..kucing tu asalnya seekor je, betina..3 kali beranak, lepas tu anak dia beranak juga..nak buang tak berani..layan je lah..tapi sekarang ni..gilir2 mati..

      Delete
  2. Salam Puteri;

    Simpan teh yang digunakan (pergi kutip kat kedai kopi pun boleh); campur dengan tanah yang di tanam kailan dan sawi; Insya Allah kelembapan tanah dipertahankan dan pokok sayur juga suka minum teh, tapi jangan di letak susu atau creamer...depa suka teh O kosong...pokok pun pandai kurangkan calorie...tanah yang di campur kompos bokashi pun tahan dengan kepanasan.

    Kucing tak sihat boleh suapkan ganoderma (reishi mushroom...jenama DXN tak mahal sangat).

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam DR.H
      Terimakasih saranan yg.diberikan.Terimakasih banyak2.
      Tentang kucing ni, saya rasa termakan racun kerana terjadi pendarahan bahagian mata dan mulut..saya susah hati sebab kucing ni..suka merayap kat rumah orang.Bila mereka mati hati terasa sedih pula. hehehe..tak apalah semuanya perkerjaan Tuhan.

      Delete
  3. salam kak..
    sehat ker? mcm putus ade jer bunyinya entri nie..takperlah kak..bukan rezki kot tuh..kdg2 ms tak sesuai kalo semuanya takmo berhasil..kesian kucing2 tuh..agaknya dah tua yer..takperlah kak, patah tumbuh hilang berganti...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam dik,
      Ia betul bukan rezeki. lepas tulis entry ni mengeluh pasal hujan tak turun dan suhu terlalu panas, petang2 akak siram bunga..ada ceramah kat masjid, rumah akak ni dekat ngan masjid..sambil siram pokok pasang telinga..wah..isi ceramah macam nak menjawab persoalan dalam hati akak.

      Penceramah tu kata, 90% makhluk Allah, adalah malaikat, yg 10% lagi..makhluk2 yg.lain iaitu 9% jin,syaitan,haiwan dan tumbuhan, manusia cuma 1%. lalu malaikat yg membawa air hujan akan mengawasi setiap titik air hujan yg.jatuh dibumi disatu2 kawasan yg diperintahkan oleh Allah,tidak lebih tidak kurang.Lalu pokok2 itu juga ada malaikat yg.menyusun pertumbuhan mereka..dengan perintah Allah. Sedikit ceramah yg terdengar disenja kelmarin cukup untuk menitiskan airmata..rasa bersalah pula kerana mengeluh dengan pokok2 yg tak menjadi dan yg mati tu..inilah maksud hikmah mendengarkan. Ok ada janji dalam hati nak ceriakan diri..nak kembali rasa ceria dang seronok.

      Permulaan yg.baik nak buat taugeh.Nak buat hari ni hari rabu boleh makan.Jom buat taugeh.makan dengan laksam.

      Delete
  4. salam k.puteri...tengokkan bunga matahari tu teringat benih matahari sy...tak semai2 lagi...:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam Nadia,
      jomlah tanam bunga matahari..cantik bersinar2..hehehe

      Delete
  5. salam kak. Serai tu sampai masa dia memang akan pupus.. Tapi kakak ambillah beberapa batang yang nampak sihat, tanam di tempat lain...mudah-mudahan bekalan berterusan kalau pokok induk mati

    ReplyDelete
    Replies
    1. terimakasih Nuda,
      sebenarnya dah tanam pokok2 serai yg.baru, tapi tak menjadi.Sekarang kawasan struktur tanah tempat akak ni..keras macam simen..tanah yg.dah diolah jadi macam debu, kalau siram jadi terapung tak serap air..tak pernah2 macam ni. tanah yg nampak sihat sikit yg ada rumput2..sebab tu tak dapat nak tanam apa2 sekarang ni..kena jaga yg sedia ada je.

      Delete
  6. salam kak. pokok bunga matahari saya pun jadi kerinting jugak. bila dibelek-belek, rupanya kena serang bena. last sekali saya cabut semua. :<

    ReplyDelete
  7. walaikumsalam cik hijaudaun,
    la sayang nye.Sebenarnya kalau daun jadi keriting, rawat dengan racun kimia..tanya kat kedai racun..spary kat daun tu..daun baru akan muncul dalam beberapa hari dan membesar dengan sihat. Tapi untuk bunga sahaja..sayur dan buah tak boleh kut.Saya tak pernah buat, utk.bunga saya buat.

    ReplyDelete